CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 163|Reply: 0

[Pulau Pinang] Laporan akhir gangguan bekalan air di Kedah, Pulau Pinang bulan ini

[Copy link]
Post time 9-6-2023 03:06 PM | Show all posts |Read mode
Laporan akhir gangguan bekalan air di Kedah, Pulau Pinang bulan ini

09 Jun 2023   02:37pm





Laporan akhir berhubung insiden gangguan bekalan air di sebahagian kawasan Kedah dan Pulau Pinang akan dimuktamadkan pertengahan bulan ini.




PUTRAJAYA - Laporan akhir berhubung insiden gangguan bekalan air di sebahagian kawasan Kedah dan Pulau Pinang akan dimuktamadkan pertengahan bulan ini, demikian menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

SPAN dalam kenyataan pada Jumaat berkata, suruhanjaya itu telah mengadakan sesi dialog dengan pihak berkepentingan dan melawat lokasi insiden bagi mendengar taklimat pengoperasian daripada wakil operator bekalan air serta badan pengurusan sumber air negeri.

"SPAN akan meneliti setiap maklum balas yang diterima dari segenap sudut berhubung insiden berkenaan dan seterusnya mengesyorkan langkah-langkah penambahbaikan yang wajar dipertimbang dan dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.

SPAN berkata, ahli Jawatankuasa Teknikal Khas (JKTK), yang ditubuhkan bagi meneliti dan mengemukakan penyelesaian berhubung gangguan bekalan air mentah di kedua-dua negeri terbabit, juga telah diberi taklimat oleh wakil operator bekalan air serta badan pengurusan sumber air negeri berkenaan senario, impak serta langkah pencegahan.

Taklimat telah diberikan Syarikat Air Darul Aman, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan badan pengurusan air mentah iaitu Lembaga Sumber Air Negeri Kedah dan Badan Kawal Selia Air Pulau Pinang.

Pada 14 Mei lepas, media melaporkan paras air di Sungai Muda, Kedah menunjukkan penurunan secara mendadak di bawah paras satu meter yang berpunca daripada kerosakan pintu kawalan air Sungai Muda, sekali gus menjejaskan pengeluaran di loji rawatan air (LRA) Sungai Dua.

Susulan itu, SPAN menubuhkan JKTK bagi meneliti dan mengemukakan penyelesaian berhubung gangguan bekalan air mentah di kedua-dua negeri terbabit. - Bernama





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.167331 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list