CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

[Pulau Pinang] Konon hantar suplemen, rupa-rupanya dadah

[Copy link]
Post time 9-6-2023 03:02 PM | Show all posts |Read mode
Konon hantar suplemen, rupa-rupanya dadah


Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my



Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang, Hamisan Kalip (tengah) menunjukkan serbuk warna putih disyaki dadah jenis heroin dalam bekas serbuk minuman yang dirampas dalam kotak parcel di Kompleks Kargo Udara Kedua Batu Maung ketika sidang media di Kompleks Pencegahan JKDM Pulau Pinang, Perai di sini. FOTO DANIAL SAAD




Foto/Video Danial Saad

Butterworth: Taktik sindiket pengedaran dadah menghantar bungkusan kononnya mengandungi suplemen dalam bentuk serbuk minuman tidak kesampaian apabila kegiatan itu dibongkarkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang.

Sebelum itu, Unit Narkotik Bahagian Penguatkuasaan JKDM negeri dimaklumkan berhubung satu bungkusan mencurigakan cuba dieksport ke luar negara oleh syarikat perkhidmatan penghantaran di Kompleks Kargo Udara Kedua, Jalan Batu Maung, Bayan Lepas pada 3.36 petang, Selasa lalu.

Pengarah JKDM negeri Hamisan Kalip berkata, pemeriksaan awal ke atas bungkusan itu mendapati terdapat bekas mengandungi serbuk putih dipercayai dadah.

"Bungkusan itu kemudian dibawa balik ke Pejabat Kastam Kompleks Pencegahan negeri untuk tindakan.

"Pemeriksaan lanjut menjumpai enam bekas suplemen serbuk minuman keluaran tempatan yang mana tiga daripada bekas itu mengandungi serbuk warna putih disyaki dadah jenis heroin seberat lebih 1.4 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM132,375.

"Mengikut Borang Kastam 2 (K2), sindiket ini mengikrar barangan sebagai 'Organic Meal Replacement' seolah-olah susu untuk makanan tambahan, namun ia hanya tindakan bagi mengelirukan pihak berkuasa yang akhirnya menemui kegagalan," katanya pada sidang media di Kompleks Pencegahan negeri, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hamisan berkata, mengikut keterangan yang terdapat pada bungkusan berkenaan dipercayai sindiket ingin mengeksport barangan terbabit ke negara Ocenia.

"Kita sudah mengenal pasti pengirim bungkusan terdiri dari orang persendirian berdasarkan alamat yang tertera pada 'parcel' (bungkusan) terbabit termasuk juga melalui kamera litar tertutup (CCTV).

"Bagaimanapun, kita tidak pasti sama ada alamat itu betul atau pun tidak. Kita masih menjalankan siasatan sebelum membuat tangkapan ke atas suspek yang dipercayai warga tempatan," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.



Disiarkan pada: Jun 9, 2023 @ 2:50pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.113272 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list