CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

[Pulau Pinang] CAP gesa Ahli Parlimen pilih RUU Kawalan Produk Rokok, GEG langkah pertama negara bebas asap rokok

[Copy link]
Post time 9-6-2023 01:07 PM | Show all posts |Read mode
CAP gesa Ahli Parlimen pilih RUU Kawalan Produk Rokok, GEG langkah pertama negara bebas asap rokok


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Jun 9, 2023 @ 1:01pm bhnews@bh.com.my




Foto hiasan




GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta Ahli Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok bersama peruntukan Generasi Penamat (GEG) bagi menyelamatkan ribuan nyawa muda.

Pegawai Pendidikan CAP yang juga aktivis anti merokok, NV Subbarow berkata, Malaysia akan berada pada langkah pertama ke arah menjadi negara bebas asap rokok sekiranya RUU itu diluluskan di Parlimen.

Sebaliknya, katanya, jika RUU itu gagal mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen, Malaysia akan mempunyai seratus ribu lagi perokok dan penghisap vape pada masa akan datang.

"Keperluan Ahli Parlimen adalah bagi menyokong RUU itu demi generasi masa depan kita.

"Rokok dan vape dibimbangi bertindak sebagai pintu masuk bagi belia meneroka dadah terlarang malah otak mereka juga terdedah kepada ketagihan nikotin.

"Apabila mereka bermula dengan rokok, adakah mereka berhenti pada rokok? Tidak, kerana ia akan membuka minda mereka bagi mencuba pelbagai jenis dadah, jadi yang paling penting ialah kita mesti menyelesaikan ini daripada sumbernya," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Menerusi saringan yang dijalankan terhadap 1.3 juta pelajar sekolah menengah menerusi program Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok (KOTAK) tahun lalu mendapati seramai 43,019 pelajar terbabit dengan tabiat merokok.

Dalam tempoh yang sama hasil saringan yang dijalankan terhadap 2 juta pelajar sekolah rendah mengesan seramai 341 murid turut terjebak dengan perbuatan itu.

Subbarow berkata, CAP percaya bilangannya akan lebih banyak pada masa ini tambahan pula di sekolah rendah, murid mengakui bahawa mereka kadang kala turut menghisap rokok.

Katanya, menerusi tinjauan CAP, kanak-kanak yang merokok membelanjakan sekitar RM40 sebulan dan RM100 bagi pelajar sekolah menengah.

"Kita tidak pasti daripada mana mereka mendapat wang itu tetapi ada pelajar yang mengaku terpaksa berbohong kepada ibu bapa bagi mendapatkan wang dan segelintirnya mengaku mencuri duit.

"Tabiat merokok ini tidak pernah mengajar nilai moral yang baik kepada generasi akan datang," katanya lagi.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.693579 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list