JOKO Widodo berswafoto bersama pengunjung di Pasar Jalan Raja Alang, Chow Kit, Kuala Lumpur sambil diperhatikan Anwar Ibrahim (kiri). GAMBAR SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri
Oleh ZAREEN HUMAIRAH SEJAHAN
8 Jun 2023, 6:10 pm
KUALA LUMPUR: Kehadiran Presiden Indonesia, Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi ketika lawatan santai ke Pasar Jalan Raja Bot, Chow Kit disambut meriah oleh lebih 1,400 peniaga dan kira-kira 1,000 pengunjung.
Jokowi yang ditemani Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba sekitar pukul 12.35 tengah hari tadi beramah mesra dengan golongan peniaga termasuk peniaga yang berasal dari Indonesia.
Sepanjang Jokowi menyantuni peniaga-peniaga itu, orang ramai turut bersorak, malah ada juga yang menitiskan air mata kerana keterujaan.
Ketika lawatannya ke pasar itu, Jokowi juga singgah di Masa Cafe bagi menikmati makanan ringan sebelum menuju ke Restoran Samudera Kampung Baru untuk makan tengah hari.
Turut serta dalam lawatan itu adalah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Terdahulu, Malaysia dan Indonesia menandatangani empat perjanjian persefahaman (MoU) sempena lawatan kerja dua hari Presiden republik itu ke Malaysia.
Jelas Anwar, pemeteraian empat perjanjian antara Putrajaya dan Indonesia itu meliputi aspek rentas sempadan, perdagangan sempadan, kerjasama promosi pelaburan dan pengiktirafan bersama pensijilan halal bagi produk domestik.
“Hari ini kita dapat saksikan, ada yang soal kecil yang diputuskan mengikut instruksi (arahan).
“Kemudian dari perdagangan dan pelaburan, itu penting dan sebab itu kita memberikan penumpuan yang lebih dalam MoU ini mengenai pelaburan langsung asing, pelaburan di sempadan yang dipermudahkan,” katanya. -UTUSAN
]
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register