CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 263|Reply: 1

Polis Siasat ‘Abang Baju Merah’ Yang Sama Kasari Pekerja Restoran

[Copy link]
Post time 8-6-2023 06:05 PM | Show all posts |Read mode
Kertas siasatan dibuka ke atas ‘abang baju merah’ yang tular mengasari seorang pemandu wanita di Tapah, Perak kerana disyaki turut mengasari seorang pekerja restoran di Cameron Highlands.


Difahamkan tindakan lelaki berusia 28 tahun itu  menampar pekerja sebuah restoran kerana tidak puas hati apabila makanan dipesannya lambat diterima.




Yahaya Othman




Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, kertas siasatan dibawan Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu dibuka dibuka susulan laporan yang dibuat mangsa.


“Berdasarkan laporan diterima, lelaki berkenaan telah masuk ke sebuah kedai makan di Cameron Highlands dan tidak berpuas hati makanan lambat sampai sebelum mengasari seorang pekerja.


“Suspek masih disiasat pihak polis di Perak dan kita akan mengambil keterangan daripada suspek selepas ini,” katanya hari ini.


Penyelia kilang berusia 29 tahun itu sebelum ini menunjal dan memarahi seorang wanita di Tapah ketika perjalanan menuruni Cameron Highlands.


Insiden yang berlaku berhampiran pusat rekreasi dekat Lata Iskandar, Perak itu mendapat reaksi netizen termasuk seorang pengguna TikTok turut tampil mengakui menjadi saksi kejadian lelaki yang sama turut menampar seorang pekerja di sebuah restoran di Cameron Highland pada 4 Jun lalu.


Dalam video yang dikongsi, pengguna TikTok berkenaan yang ketika itu sedang menjamu selera dengan keluarga di restoran berkenaan  melahirkan rasa kurang selesa dengan tindakan lelaki tersebut menampar pekerja restoran hanya kerana makanan yang dipesan lambat tiba.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2023 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Terkejut bila scroll down nampak muka encik yahaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.357697 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list