CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 376|Reply: 2

Setiap Hari Dikacau Dan Diugut Along, Ibu Bapa Nekad Putuskan Hubungan Dengan Anak Tunggal

[Copy link]
Post time 8-6-2023 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Kajang:  Tidak sanggup hidup dalam ketakutan akibat diganggu along yang menagih hutang anaknya, sepasang suami isteri nekad untuk memutuskan hubungan dengan anak tunggalnya itu.


Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Sim, 58, berkata dia dan suaminya, Ng, 60, mula dihantui dengan panggilan telefon daripada beberapa individu mendakwa sebagai along sejak bulan lalu.


"Along beritahu bahawa anak tunggal kami berusia 38 tahun meminjam wang daripada mereka dan memaksa kami membayar bagi pihaknya selepas gagal dihubungi.


"Setiap hari, banyak panggilan telefon kami terima daripada along yang membuat pelbagai ugutan termasuk mahu menyimbah cat di rumah.


"Keadaan itu menyebabkan saya dan suami hidup dalam ketakutan sehingga takut untuk keluar rumah kerana bimbang dengan keselamatan kami apatah lagi dengan keadaan suami yang sedang sakit akibat komplikasi pembedahan pada bahagian otak sebelum ini," katanya ketika ditemui di Pusat Biro Aduan Awam DAPSY di sini, hari ini.




Foto: Harian Metro




Turut hadir, Pengarah Biro Aduan DAPSY Selangor Lee Wen Bin dan Timbalan Pengarah Biro Aduan DAPSY Selangor Aw wai Kit.


Sim berkata, dia sudah mengeluarkan wang sehingga RM15,000 bagi membayar hutang anaknya itu, namun masih diganggu along yang mendakwa anaknya masih mempunyai baki hutang pinjaman.


"Saya pun tidak tahu berapa ramai along dia pinjam dan jumlah pinjaman. Sekarang kami sudah tidak mempunyai wang lagi untuk membayar baki hutang itu.


"Saya merayu kepada along atau mana-mana pihak yang memberi pinjaman kepada dia supaya tidak lagi mengganggu kami memandangkan saya dan suami tidak lagi menganggapnya sebagai anak," katanya.


Sementara itu, turut menerima tempias adalah bekas isteri lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Tee, 37, yang menerima gangguan daripada along meskipun mereka sudah bercerai sejak 2019.


"Ada along menghubungi saya mengugut mahu menyebarkan gambar saya dan dua anak kami masing-masing berusia 12 dan 14 tahun sekiranya tidak membayar hutang bekas suami.


"Ugutan yang diterima kami setiap hari menyebabkan saya sentiasa rasa takut akan keselamatan kami sekeluarga," katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Batu 9 di sini, bulan lalu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2023 08:36 AM | Show all posts
kahkah nerakala semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Biro aduan
mca vs dapsy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.290540 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list