CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

[Perlis] Sahabat sejati cemerlang bersama

[Copy link]
Post time 8-6-2023 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Sahabat sejati cemerlang bersama


Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



NUR Alia (kiri) dan rakan baiknya, Khairunnisa (kanan) menunjukkan keputusan cemerlang 9A yang diperolehi mereka. FOTO Aizat Sharif




Padang Besar: Dari tadika sehinggalah ke sekolah menengah, dua sahabat Nur Alia Maisarah Abdullah dan Khairunnisa Che Roslan, 18, sentiasa mentelaah pelajaran bersama-sama.

Malah, kedua-dua bapa mereka yang bekerja sebagai penoreh getah dan pemandu lori dengan gaji yang tidak seberapa menyebabkan kedua-dua sahabat ini tekad untuk mengubah keadaan ekonomi keluarga dengan belajar bersungguh-sungguh di sekolah.

Mereka menjadi antara 47 Pelajar Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Peringkat Negeri Perlis 2022 serta menjadi pelajar cemerlang SPM 2022 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Nangka, Chuping, di sini hari ini.

Menurut Nur Alia Maisarah, bapanya, Abdullah Ismail, 55 dan ibunya, Rosmini Radzi, 50 sentiasa mengambil berat terhadap pelajarannya serta adik beradiknya yang lain dan akan cuba memenuhi setiap keperluannya terutama dalam memastikan dirinya mendapat kemudahan pelajaran yang sempurna.

"Sebagai anak kelima daripada tujuh adik beradik, ayah dan emak saya sentiasa menitikberatkan soal pelajaran dalam kalangan kami tetapi ayah yang sanggup bergolok gadai untuk memastikan kami mendapat pelajaran sempurna meskipun pendapatannya hanyalah sekitar RM900 sebulan dengan hanya menoreh getah.

"Walaupun begitu, sekiranya saya memerlukan sesuatu seperti buku atau keperluan pelajaran yang lain, ayah akan sentiasa mencari jalan untuk memastikan keperluan dapat dipenuhi dan ketika sesi PdPR dijalankan juga, Khairunnisa sentiasa membantu saya untuk belajar bersama-sama di rumahnya disebabkan liputan isyarat telekomunikasi di kawasan rumah saya agak teruk.

"Jadi, apabila kami berdua mendapat keputusan 9A ini serta menjadi dua pelajar terbaik di peringkat sekolah, ia adalah satu penghormatan terhadap segala apa yang dikorbankan selama ini demi meraih keputusan ini," katanya.

Manakala Khairunnisa mengakui bahawa pelajar sekolah luar bandar seperti mereka perlu lebih proaktif agar tidak ketinggalan dengan pelajar sekolah lain yang berada di bandar.

"Saya tidak nafikan juga pelbagai kekangan berlaku tidak hanya kami perlu belajar pada waktu malam di sekolah untuk sesi pembelajaran kelas tambahan tetapi juga kekangan isyarat telekomunikasi sekiranya ada sesi PdPR, kekangan ekonomi keluarga tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak belajar bersungguh-sungguh untuk SPM kerana ini adalah penentu masa depan kami," katanya.



Disiarkan pada: Jun 8, 2023 @ 3:09pm












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.050006 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list