CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

MotoGP: Marquez teruja beraksi di Mugello

[Copy link]
Post time 8-6-2023 02:54 PM | Show all posts |Read mode

MARQUEZ bakal turun beraksi di Mugello bersama jentera yang dilengkapi komponen baharu. – AFP

ITALI – Selepas kira-kira tiga bulan berehat, perlumbaan Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) kembali menemui peminat apabila 22 pelumba akan bersaing menjelang Grand Prix (GP) Itali pada hujung minggu ini.

Antaranya yang teruja kembali bersaing di Litar Mugello, Tuscany, Itali itu adalah juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez selepas mengakui tidak sabar memacu jentera RC213V yang dilengkapi komponen dan juga casis baharu dari Kalex.

Bagaimanapun, pelumba Repsol Honda tersebut mengakui Mugello antara salah satu litar yang mencabar dan berharap dia serta pasukannya dapat mencari pelarasan terbaik bagi menghadapi perlumbaan pusingan kelima pada hujung minggu ini.

“Masa untuk kembali bekerja, kami bermula di Mugello yang sentiasa menjadi hujung minggu yang sangat mencabar, litarnya sangat laju.

“Saya pernah berdepan beberapa pertarungan hebat di sana, jadi saya tidak sabar untuk bersama pasukan. Litar ini sa­ngat baik dan mempunyai laluan lurus yang agak panjang.

“Sudah tentu kami perlu melihat apa yang boleh kami lakukan bersama pasukan terutama untuk mendapatkan pelarasan terbaik bersama jentera dan terus mencuba untuk mengorak langkah ke hadapan,” kata Marquez.

Marquez sebelum ini terlepas tiga pusingan perlumbaan apabila menjalani pembedahan tangan selepas terlibat dalam insiden pelanggaran bersama Miguel Oliveira (Aprilia) pada aksi pembukaan di Portugal.

Pelumba berusia 30 tahun itu kembali bersaing pada perlumbaan pusingan kelima di GP Perancis dengan semangat luar biasa apabila menempah petak kedua tetapi gagal menamatkan perlumbaan selepas terjatuh.

Bagaimanapun, Honda menutup GP Perancis dengan langkah positif apabila Marquez berjaya menamatkan saingan tempat kelima pada perlumbaan sprint di Le Mans.
– AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/06 ... beraksi-di-mugello/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.054609 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list