CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

[Kedah] Pesakit barah limfoma tahap empat cemerlang dalam SPM

[Copy link]
Post time 8-6-2023 02:46 PM | Show all posts |Read mode

WAN Muhammad yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM bersama ibunya, Shahrul Afizah Ahmad di hadapan sekolahnya. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Sintok: Pesakit barah limfoma tahap empat, Wan Muhammad Hakimi Wan Mustafa Kamal, 17, tidak menyangka akan memperoleh keputusan 4A, 2B, 1C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Dia yang menghidap barah itu sejak tahun 2019 bersyukur kerana walaupun terpaksa berulang alik menjalani rawatan di hospital namun dia mampu membuktikan kejayaan.

Katanya, dia sebelum ini banyak menghabiskan masa di wad Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menjalani rawatan kemoterapi serta rawatan susulan.

"Sepanjang dalam wad, saya bawa bersama buku sekolah untuk mengulangkaji pelajaran.

"Selain itu, ibu saya, Shahrul Afizah Ahmad, 47, serta bapa tiri, Amir Ramli, 51, kerana banyak memberi sokongan dan galakan kepada saya untuk berjaya," katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Bandar Baru Sintok, di sini hari ini.

Selain itu, Wan Muhammad Hakimi juga pernah mewakili sekolah dan daerah Kubang Pasu dalam pertandingan skuasy.

Katanya, walaupun diuji dengan barah limfoma, namun dia tidak pernah patah semangat malah bercita-cita tinggi untuk menjadi guru.

"Sekarang keadaan kesihatan saya bertambah baik dan saya perlu menjalani rawatan susulan di HPP selama tiga bulan sekali.

"Saya memang berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat universiti untuk mencapai cita-cita dan saya turut mengucapkan terima kasih kepada Cancer Survivors Malaysia (CSM) yang menaja kelas tuisyen kepada saya, " katanya.

Menurutnya lagi, lebih mengejutkan apabila dia pernah gagal dalam mata pelajaran Matematik dan Sejarah dalam peperiksaan percubaan SPM sebelum ini.

Katanya, namun dia tidak menyangka akan beroleh keputusan cemerlang seperti ini demi untuk membalas jasa ibu dan bapa tirinya.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal turut mengucapkan tahniah kepada pelajar terbabit kerana memperoleh keputusan cemerlang.

Katanya, CSM membantu Wan Muhammad Hakimi sejak tahun 2019 dengan menghulurkan sumbangan wang tunai untuk kos ulang alik pelajar itu ke HPP, susu formula khas serta menaja kos bagi kelas tuisyen untuk pelajar berkenaan.

"Alhamdulillah, walaupun dia sakit tapi dia berjaya membuktikan kejayaannya dalam SPM.

"Orang ramai boleh menghulurkan sumbangan buat Wan Muhammad Hakimi bagi meneruskan cita-citanya selain meneruskan rawatan di hospital melalui akaun Maybank 1520 5010 5835 milik ibunya Shahrul Afizah Ahmad, " katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... cemerlang-dalam-spm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.134644 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list