CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

[Kedah] 441 calon SPM Kedah dapat semua A

[Copy link]
Post time 8-6-2023 02:43 PM | Show all posts |Read mode
441 calon SPM Kedah dapat semua A

oleh   SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA  08 Jun 2023   01:51pm





Ismail (tengah) ketika mengumumkan keputusan SPM 2022 di SMS Sultan Mohamad Jiwa pada Khamis.




SUNGAI PETANI - Seramai 441 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Kedah memperoleh semua gred A, termasuk 15 paling cemerlang yang mendapat gred A+ dan A dalam semua mata pelajaran diambil.

Timbalan Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang juga pemangku Pengarah Pendidikan Kedah, Ismail Othman berkata, jumlah 441 calon itu merangkumi 1.81 peratus daripada 29,745 calon yang menduduki SPM di negeri ini berbanding 382 calon atau 1.56 peratus dari 29,769 calon keseluruhan yang mendapat semua gred A bagi semua mata pelajaran tahun lalu.

Menurutnya, seramai lima calon istimewa di Kedah yang turut diumumkan memperoleh pencapaian cemerlang tahun ini.

"Seramai 15 pelajar paling cemerlang merupakan empat calon Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keat Hwa 1, empat calon SMK Ibrahim Sungai Petani dan dua calon SMK Sin Min, serta masing-masing seorang calon daripada SMK Sultanah Asma, Maktab Mahmud Pendang, Maktab Mahmud Kulim, SMK Jitra dan Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mohamad Jiwa.

"Lima calon istimewa yang turut memperolehi pencapaian cemerlang adalah dari SMK Sanglang; SMK Dato Bijaya Setia; SMK Tanjung Pauh Jitra; SMK Kelibang Langkawi; dan SMK Keladi Kulim," katanya ketika mengumumkan keputusan SPM 2022 di SMS Sultan Mohamad Jiwa di sini pada Khamis.


Antara calon cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 diraikan dalam satu majlis khas di Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah.



Ismail berkata, pencapaian keseluruhan calon SPM pada tahun 2022 berdasarkan Gred Purata (GP) ialah 4.98 berbanding 5.14 pada tahun 2021 iaitu meningkat sebanyak 0.16.

Beliau berkata sebanyak 19 buah sekolah telah mencapai keputusan Gred Purata Sekolah (GPS) di bawah 3.0 berbanding 17 buah sekolah pada tahun 2021 serta terdapat 66 buah sekolah pula yang melepasi pencapaian GP Negeri Kedah, 4.98.

"Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma, Alor Setar diisytiharkan sebagai sekolah terbaik dalam SPM kali ini,"katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.833070 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list