CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 161|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kerajaan perlu beri pengiktirafan kepada Hawari - ADUN Sungai Dua

[Copy link]
Post time 7-6-2023 06:08 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan perlu beri pengiktirafan kepada Hawari - ADUN Sungai Dua

oleh   MOHD ISKANDAR OTHMAN  07 Jun 2023    04:53pm





Muhammad Yusoff ditemui pemberita ketika menziarahi keluarga Hawari di Kampung Permatang Kerai Besar, Tasek Gelugor pada Rabu.




TASEK GELUGOR - Kerajaan perlu memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) yang juga orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim selepas berjaya menawan puncak tertinggi di dunia pada Mei lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, Datuk Muhammad Yusoff Mohd Noor berkata, Hawari bukan sahaja telah berjaya mengharumkan negara malah namanya boleh direkodkan sebagai OKU pertama dari Malaysia menawan puncak gunung tertinggi dunia berketinggian 8,848 meter.

Tambah Muhamad Yusoff, kerajaan Persekutuan dan negeri diharap dapat memberikan bantuan sewajarnya kepada keluarga Hawari terutamanya dalam memastikan kebajikan isteri dan dua orang anaknya yang juga OKU terbela.

"Kita nak pastikan jasa dan pengorbanan Hawari dihargai dan dikenang kerana beliau telah berusaha mengharumkan nama negara.

"Kerajaan mahupun agensi yang terlibat diharap dapat memberikan bantuan secara berterusan kepada keluarga Hawari termasuk memastikan dua anaknya mendapatkan pendidikan sempurna dan isterinya diberikan pencen berikutan Muhammad Hawari merupakan kakitangan kerajaan yang bertugas di Jabatan Muzium Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menziarahi keluarga Hawari di Kampung Permatang Kerai Besar, di sini pada Rabu.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) iaitu orang kurang upaya (OKU) pendengaran Muhammad Hawari Hashim yang hilang sejak 19 Mei lepas ditamatkan pada Selasa.

Operasi SAR Muhammad Hawari memasuki hari ke 19 semalam selepas beliau dilaporkan hilang pada 19 Mei lepas selepas keluar meninggalkan Kem Empat pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut.


Kehilangannya dilaporkan selepas dia telah berjaya menawan puncak tertinggi tersebut pada 18 Mei semasa dalam perjalanan turun dari Kem Empat.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.058925 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list