CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 989|Reply: 5

[Lain-Lain] POLIS EVO

[Copy link]
Post time 26-5-2023 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 9-6-2023 02:50 PM

Polis Evo 3 kaut RM3.4 juta


Filem Polis Evo 3 mula ditayang secara rasmi di pawagam tempatan, semalam. Foto Ihsan Astro Shaw


KUALA LUMPUR: Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof, iaitu Polis Evo 3 yang mula ditayangkan di pawagam tempatan, semalam, mengaut lebih RM3.4 juta.

Jumlah itu termasuk RM1.3 juta yang diperoleh pada sesi tayangan awal atau 'sneak preview' filem terbabit yang dipertontonkan di pawagam GSC di seluruh negara, Rabu lalu.

Kutipan itu membolehkan naskhah terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures itu mengetepikan filem antarabangsa, Fast X, dengan pungutan lebih dua kali ganda semalam, lantas mendominasi carta kutipan pawagam.

Rabu lalu, Polis Evo 3 menduduki tangga pertama dalam kelompok 10 filem teratas yang mengaut kutipan tertinggi di GSC selepas sesi tayangan awal.

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 iaitu Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menganggap kejayaan filem berkenaan sebagai permulaan baik serta membuktikan filem tempatan mampu menawan hati dan memberi saingan sengit kepada judul antarabangsa.

"Syukur Alhamdulillah, sokongan penonton terhadap Polis Evo 3 amat luar biasa. Kami amat berbesar hati apabila peminat memilih karya tempatan untuk dijadikan tontonan.

"Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menonton Polis Evo 3 di pawagam.

"Momentum positif ini membuktikan penonton kita masih meletakkan kepercayaan pada karya tempatan. Kami harap peminat berpuas hati serta terhibur selepas menonton filem Polis Evo 3.

"Kejayaan filem tempatan mengatasi kutipan judul antarabangsa selaras slogan Polis Evo 3 iaitu Kita Lagi Kuat Boh," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Filem Polis Evo 3 menduduki tangga pertama dalam kelompok 10 filem teratas yang mengaut kutipan tertinggi di GSC, Rabu lalu. Foto Ihsan Astro Shaw


Selain Zizan dan Shaheizy, Polis Evo 3 menampilkan Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Filem ini berkisar Inspektor Khai lakonan Shaheizy atau Sam dan Inspektor Sani (Zizan) kembali dengan misi terbaharu. Kali ini, pasukan mereka disertai Inspektor Dani lakonan Syafiq, Inspektor Julie (Farali) dan Inspektor Dell (Lim) yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Polis Evo yang ditayangkan pada 2015 mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta manakala Polis Evo 2 yang ditayangkan pada 2018, memungut lebih RM23 juta.


Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... vo-3-kaut-rm34-juta


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2023 11:44 AM | Show all posts
ade plan nak tengok minggu ni sebab cuti sekolah jadi sure ramai orang
so hold on dulu yach
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2023 04:35 PM | Show all posts
iols da tgok... full house.. mmg best... kelakar, suspense, thrill semua ckup rencah... xde scene yg bosan
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2023 09:54 PM | Show all posts

Polis Evo 3 Tak Mustahil Boleh Catat Kutipan 'Box Office' RM100 Juta

Sam yang melakonkan watak Inspektor Khai berkata, dia sangat terharu dengan sokongan diberikan penonton tempatan terhadap filem Melayu.


Katanya, dia tidak sangka penonton kita sanggup mencetus fenomena menolak filem luar untuk ditonton dan memilih Polis Evo 3.






"Alhamdulillah syukur dan perasaan saya begitu terharu dengan sokongan diberikan penonton terhadap filem Polis Evo 3 yang setakat ini sudah mencatat kutipan RM41.3 juta. Saya melihat rakyat Malaysia kini memberi sokongan padu kepada karya tempatan.


"Mereka sanggup tolak untuk menonton filem dari luar dan menyokong Polis Evo 3 yang saya akui tidak disangka mampu mencatat kutipan sejauh ini. Malah, sebanyak tiga naskhah filem Polis Evo saya terbabit, sentuhan Syafiq yang ini agak sempurna," katanya kepada Harian Metro.


Ditanya jangkaan kutipan Polis Evo 3 mampu mencecah RM100 juta, Sam berkata, kalau ada rezeki tidak mustahil. Katanya, setakat ini pun apa yang diketahui ramai juga penonton ke pawagam menonton secara berulang.


Filem aksi, Polis Evo 3 arahan Syafiq Yusof boleh mencatat kutipan 'box office' sehingga RM100 juta sebagaimana kejayaan besar Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan sekiranya penonton filem tempatan terus memberikan sokongan padu dan permintaan berterusan di pawagam.


Apatah lagi, dalam tempoh 12 hari tayangan, filem membariskan pelakon berkaliber seperti Zizan Razak dan Sharnaaz Ahmad itu berjaya mencatat kutipan pecah panggung terkini sebanyak RM41.3 juta.


"Bagi saya, tidak mustahil untuk filem Polis Evo 3 mencatat kutipan sehingga RM100 juta kalau sudah rezeki daripada Allah. Malah, saya berterima kasih kepada penonton yang menyokong filem ini hingga fenomena walaupun saya tahu ekonomi sekarang tidak menentu," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2023 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn lupa bagi bonus kat smua yg terlibat. Xdpt bg byk, bg sikit pn dah okay. At least, xda la yg bising dikemudian hari. Ghituuu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2023 03:12 PM | Show all posts
Sbbkan fenomena polis evo ni dan ada forumer bagitau kene tengok Polis Evo 1 dulu meoollss gagahkan jua nonton di Netflix dan not bad yaachhh citernyer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.053845 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list