CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

[Perlis] Sindiket penyeludup ada senarai nombor kenderaan pegawai KPDN

[Copy link]
Post time 6-6-2023 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Sindiket penyeludup ada senarai nombor kenderaan pegawai KPDN


Aizat Sharif - Jun 6, 2023 @ 4:36pm bhnews@bh.com.my




Penguat Kuasa KPDN Perlis memeriksa Proton Iswara yang ditemukan dalam serbuan di Kampung Melayu, Padang Besar. - FOTO IHSAN KPDN




PADANG BESAR: Sejumlah senarai nombor pendaftaran kenderaan peribadi milik pegawai dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis ditemukan dalam simpanan sindiket penyeludupan petrol dan diesel.

Senarai itu ditemukan dalam sebuah kereta milik sindiket berkenaan, dipercayai untuk mengetahui pergerakan penguat kuasa Pejabat KPDN Perlis di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, di sini.

Pengarah KPDN Perlis, Norazah Jaapar, berkata pihaknya menemui rekod berkenaan dalam sebuah Proton Iswara di premis yang diserbu di Kampung Melayu, di sini semalam.

"Kita buat dua serbuan berasingan di stor tidak bernombor di Kampung Melayu, bermula sekitar jam 7.30 pagi hasil risikan sejak dua minggu sebelum itu.

"Dalam serbuan pertama, sebuah kenderaan pacuan empat roda dengan pendaftaran asing didapati sedang menyedut keluar cecair, disyaki diesel dari tong drum untuk dimasukkan ke dalam tangki minyak kenderaan itu.

"Hasil pemeriksaan lanjut, ditemui anggaran 640 liter diesel dan 300 liter petrol dipercayai bernilai RM53,451. Kita menyita diesel, petrol, tong drum, tong 'jerry can', pam eletrik sedut minyak dan hos selain kenderaan itu untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau memaklumkan, KPDN Perlis turut menahan dua lelaki termasuk, seorang warga asing, masing-masing berusia lingkungan 20an dan 50an yang berada di lokasi serbuan bagi membantu siasatan.

"Kita kemudian menyerbu sebuah lagi stor di lokasi berhampiran dan menemukan sebuah Proton Iswara yang mempunyai tangki tambahan. Pemeriksaan lanjut menemukan kira-kira 300 liter disyaki petrol dalam tangki tambahan kereta itu dianggarkan bernilai RM5,615.00.

"Apa yang mengejutkan adalah penemuan sejumlah rekod senarai nombor pendaftaran kenderaan peribadi pegawai dan kenderaan Pejabat KPDN Perlis dalam kereta itu yang kita percaya digunakan untuk mengetahui pergerakan anggota KPDN Perlis.

"Dalam serbuan kedua, tiada individu ditemui di lokasi berkenaan. Kereta serta petrol yang ditemui segera dirampas," katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati modus operandi sindiket disyaki didalangi rakyat tempatan itu ialah menggunakan kenderaan dengan pendaftaran Malaysia untuk membeli diesel serta petrol bersubsidi di beberapa stesen minyak di negeri ini.

"Bahan api itu kemudian dibawa ke lokasi serbuan untuk dijual kepada individu bukan warganegara. Penemuan senarai nombor pendaftaran kenderaan peribadi pegawai dan KPDN Perlis itu bukti bahawa pergerakan penguat kuasa KPDN dipantau anggota sindiket," katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2011.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.062984 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list