CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 975|Reply: 5

Aina Abdul Cemburu Penyanyi Ada Album Fizikal

[Copy link]
Post time 5-6-2023 10:54 AM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Aina Abdul, 30, mengakui ada rasa cemburu apabila melihat penyanyi lain yang mempunyai album fizikal sendiri.


Kini sibuk dengan projek album solo dan konsert, pelantun lagu Sumpah itu bagaimanapun sedar bahawa tren pada masa kini adalah tampil dengan single terlebih dahulu sebelum menghasilkan album penuh.






Katanya, album yang sedang diusahakannya itu akan siap sebelum konsert solo mega yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 15 November depan.


"Saya cemburu juga dengan penyanyi yang ada album fizikal. Saya mahu peminat beli album fizikal itu kerana saya sangat teruja untuk menerbitkannya.


"Setakat ini, projek album solo yang memuatkan 10 lagu ini sudah siap sebanyak 40 peratus. Saya mahu peminat menyukai album penuh ini, bukan saja lagu, tetapi kulit album, pembungkusan dan sebagainya.


"Sebab itu, cetakan pertama album fizikal ini adalah terhad iaitu kurang dari 5,000 unit. Kalau ada permintaan, barulah pihak kami akan buat cetakan kedua," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Ali Zahra Holdings Sdn Bhd dan lagu Kembara Nabawi dendangannya di sebuah hotel di ibu kota, baru-baru ini.


Mengenai persiapan untuk konsert, Aina berkata, setakat ini semuanya berjalan lancar seperti direncanakan.


  



"ihak pengurusan menunggu waktu yang paling tepat untuk mula menjual tiket konsert solo saya itu. Mengikut perancangan, tiket konsert akan mula dijual kepada orang ramai pada Jun ini," katanya.


Ditanya mengenai lagu Kembara Nabawi itu, Aina berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang menyampaikan lagu ditulis FJ Muzik yang menceritakan kisah Rasulullah SAW itu.


"Saya juga mahu mencuba lagu genre baru seperti 'world music' dan lenggok lagu ala Arab ini. Maklumlah, saya sudah lama tinggalkan lagu genre islamik kerana banyak menyanyikan lagu balada dan cinta. Lagu ini juga bagus kerana ia juga dekat dengan kisah diri kita sebagai hamba-Nya,"katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2023 12:48 PM | Show all posts
album fizikal kalau dah cukup popular berbaloi la buat...

kalau sendu jadi la serhoper sissy iman sampai terpaksa lelong murah2 sebab kena jerit2 dek mami sama nasib album tak laku sebab sama2 nyanyi pun macam gampunk...

tu pun orang beli haritu sebab kesian sheols menangis atas pentas kena kritik oleh mami rhoper mak lampir tu... hujung2 rasanya theyols pun tak pasang CD tu... hujung2 selamat di tong sampah kan jah... takpun buat lapik cawan air panas je gittuh...



acik2 yang mental jangan nak tag2 iols yach walaupun iols tak pernah kacau chuols... kang aku tag bertubi2 tercirit dan tercalar keEGOan kang...

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
klu dh masukkan singles yg popular dlm full album, dh rupa album kompilasi plk.. huhu.. ko kan komposer, bt je lagu byk2 & kuar full album setiap tahun.. hehe.. peminat ramai kan..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2023 04:16 PM | Show all posts
Betoi ke dia ni narsisitik?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2023 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira nya ko aina lg beruntung full album xada ko dh bt mega konsert org yg ada full album jgnkn konsert nyanyi kt fun fair pon xada huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2023 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
"Maklumlah, saya sudah lama tinggalkan lagu genre islamik kerana banyak menyanyikan lagu balada dan cinta."

Sejak bila sheols nyanyi lagu islamic? Dia dulu kumpulam nasyid mano?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.151489 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list