CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 796|Reply: 18

3 Penunggang Motosikal Maut, 3 Cedera Dirempuh Pemandu Mabuk

[Copy link]
Post time 4-6-2023 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata polis menerima laporan kemalangan pada jam 6.50 pagi membabitkan sebuah kereta dan enam motosikal di lokasi.


Tiga penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera, seorang daripadanya parah, dirempuh sebuah kereta dipercayai dipandu pemandu mabuk yang terbabas ketika mereka berteduh dari hujan di bawah jejambat di Kilometer (KM) 19.6 Lebuhraya NKVE dekat sini, pagi tadi.


Kejadian dilaporkan berlaku jam 5.59 pagi ketika sekumpulan penunggang motosikal berhenti untuk berteduh di bawah jejambat arah selatan lebuh raya berkenaan.


Keadaan kemalangan di bawah jejambat di Kilometer (KM) 19.6 Lebuhraya NKVE yang menyebabkan tiga penunggang motosikal maut - Foto NSTP/Ihsan PDRM




"Siasatan mendapati semasa kejadian, pemandu kereta jenis Honda City dipandu seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun dalam perjalanan dari ibu negara ke Cyberjaya.


"Setibanya di lokasi kemalangan, kereta yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar enam penunggang motosikal yang sedang berteduh dari hujan di bawah jejambat," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Kata beliau semua mangsa lelaki berusia antara 19 hingga 37 tahun dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB).


"Hasil ujian mendapati kandungan alkohol dalam tubuh pemandu kereta berkenaan adalah melebihi had yang dibenarkan.


"Lelaki itu kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2023 04:11 PM | Show all posts
Allahu kesiannya
Selalu sangat kes mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga² pelaku pon mati dilanggar pemandu mabok.
Ramai vavi bwk keta atas jln.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
-"mak bapak mana x perati ank subuh2 dh ilang"- acik porem.
-"wa ta'tau lor..talak ingat..wa mabuk..ada"-pemandu mabuk
-"mandangkan pemandu tu mabuk..yakni tak sedar diri..maka pemandu ini...'TIDAK BERSALAH"-Hakim Pao
                           
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 04:48 PM | Show all posts
safety first, kalau teduh dekat bawah jejambat, sila turun dari motor dan duduk di luar divider.

Dari dulu lagi ramai dah kena sapu macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 04:48 PM | Show all posts
boleh ke keluarga mangsa hire lawyer untuk saman kerajaan sebab membiarkan undang2 sedia ada memudahkan pemabuk untuk drive?

kiranya, kita malas nak kecoh untuk halang dia mabuk, tapi kita nak keras bab dia mabuk dan drive, dan tapi lagi kita nak salahkan kerajaan sebab tiada lagi akta khusus dan tindakan drastik ke driver pemabuk ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2023 05:49 PM | Show all posts
kompom la pemandu mabuk tu hanya digantung lesennya saja...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ctaz replied at 4-6-2023 05:49 PM
kompom la pemandu mabuk tu hanya digantung lesennya saja...

"abang..saiya mabuk la..apa pun tada ingat la...apa salah"-pemabuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2023 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Komen lebih2 kang ada yg kecam. Pernah je komen psl pemandu mabuk habis kaka kena kecam seorg forumer Cari. Engkau tak kena boleh lah kau kecam ye!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Lemahhh betoi undang2 pemandu mabok puaka kat tanah ibu pertiwi nih. No wonder pemandu mabok puaka masih bermaharajalela bergentayangan di atas jalan raya!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kerajaan msia kerana gagal nak solve isu driver mabuk ni bunuh org. Dia mmg saja nk bg rmi org Mati kena langgar dgn pemandu mabuk ni. Tahniah PH.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Babilah pemandu mabuk!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 4-6-2023 04:22 PM
Moga² pelaku pon mati dilanggar pemandu mabok.
Ramai vavi bwk keta atas jln.

Ya akak setuju sangat2 sistah. Terlalu banyak babi yang bawak kenderaan kat jalan raya semenjak dua menjak ni sis. Mana pergi manusia akak tak tau lah sis oiii…
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Geng2 bloody weird kata itu hak mereka untuk minum dan mabuk
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 04:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemandu mabuk ni, kalau ada mangsa yang meninggal, bagi dia hukum gantung terus..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 04:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita tak boleh nak control orang. Jagalah diri sendiri. Ini nak berteduh duduk atas motor tepi jalan. Naiklah atas bukit tepi tu. Jauhkan diri dari tepi jalan. Jalan malaysia ni dah la berlubang, air bertakung tengah highway. Jenis beli tayar second hand pun banyak. Kalau pemandu tak mabuk pun boleh je eksiden. Ini aku tengok banyak mat motor berteduh bawah jejambat padehal rnr, stesen minyak depan sikit je. Bangkit dari seat motor pun tak nak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2023 07:52 AM | Show all posts
kena tukar law

mabuk sambil memandu, ada kes mati
charge membunuh dengan niat, guna akta 302

baru la kapir2 mabuk todi ni ada akal sket
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 07:57 AM | Show all posts
Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu semasa berada di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kematian atau kecederaan kepada mana-mana orang adalah menjadi satu kesalahan.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak kurang daripada RM8,000 dan tidak melebihi RM20,000 serta penjara sehingga 10 tahun. Seseorang yang disabitkan di bawah Seksyen ini juga akan hilang kelayakan memegang dan mendapatkan lesen memandu tidak kurang daripada lima tahun.


law yang terlalu lemah

minta bang non pinda akta dalam parlimen.
tukar ke akta 304 dan 302

bagi pesalah drunk driving yang menyebabkan kematian dan injury
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2023 07:59 AM | Show all posts
salam takziah...pukul 6 pagi maybe on the way nak gi kerja agaknyer...

tgk citer korea, kat sana ada buat service memandu kereta utk org yg mabuk, msia patut adopt this as well, tapi tulah nanti berlaku jenayah lain pulak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.196091 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list