View: 452|Reply: 11
|
Tiga angkasawan China kembali ke Bumi
[Copy link]
|
|
Beijing: Tiga angkasawan China yang bekerja di stesen angkasa negara itu sudah kembali dengan selamat ke Bumi, lapor media kerajaan Ahad yang menyifatkan misi itu sebagai berjaya.
Kapsul kapal angkasa Shenzhou-15 mendarat di tapak pendaratan di wilayah Mongolia dalam, utara China, menurut agensi berita Xinhua.
Angkasawan Fei Junlong, Deng Qingming dan Zhang Lu keluar dari kapsul dalam keadaan fizikal yang baik, lapor Xinhua.
Deng Qingming melambaikan tangan ketika meninggalkan kapsul yang dinaikinya. FOTO AFP/China OUT
"Misi ini berjaya," katanya.
Rakaman menunjukkan pegawai perubatan memakai 'jumpsuit' putih dan bertopeng muka dalam selimut biru dan dibawa keluar dari tapak mendarat itu.
Ketiga-tiga mereka menghabiskan masa enam bulan di stesen angkasa Tiangong, menjalankan aktiviti berjalan angkasa dan pelbagai eksperimen saintifik.
China minggu lalu menghantar tiga lagi angkasawan - termasuk orang awam pertamanya di orbit - ke stesen angkasa sebagai sebahagian daripada misi pengganti Shenzhou-16.
Negara itu mengepam berbilion dolar ke dalam program angkasa lepas kendalian tenteranya dalam usaha 'mengejar' Amerika Syarikat dan Rusia.
Beijing menyasarkan untuk menghantar misi kru ke Bulan menjelang 2030 dan merancang untuk membina pangkalan di permukaan bulan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ketiga-tiga mereka menghabiskan masa enam bulan di stesen angkasa Tiangong, menjalankan aktiviti berjalan angkasa dan pelbagai eksperimen saintifik.
6 bulan in space dan tak jadi murung? mesti wifi power
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau sorang tu berperangai persis @dudaberhias pasti hari hari ketawa |
|
|
|
|
|
|
|
selamat kembali acik @Bipolajourney jangan lupa makan ubat mungkin tarikan graviti di angkasa membuatkan mood chuols tak elok dan stabil gittuh...
|
|
|
|
|
|
|
|
kan... mesti hari2 gelak dengan iols... kalau sorang lagi perangai seperti @bipolajourney kita duduk diam2 pun di hempuknya sebab mental... tak kacau pun dia pergi kacau nanti.... nauzubillah min zalik jauhkanlah...
|
|
|
|
|
|
|
|
sekali..thor & loki...boleh..ching cong...ching cong...daaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
kalau I dok atas tu 6 bulan, sampai bumi I tak jejak kaki dah mengengsot disabled terus. I bukan rajin nak exercise sampai 2jam tiap2 hari. |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 4-6-2023 06:13 PM
selamat kembali acik @Bipolajourney jangan lupa makan ubat mungkin tarikan graviti di angkasa membua ...
katanye gundu, risau tak muat sut je nanti. mustahil estronut bersaiz gundu. Try again |
|
|
|
|
|
|
|
sut astronaut tu setahu iols memang besar... muat untuk acik2 gundu mental pelbagai cabang atau orang delusional sekalipun... itu mengikut pembelajaran yang di hujung jari jah boleh di google di wiki ke atau baca buku sains...
tapi tak semua orang mampu especially yang bengap abadi, bipolar, delusional, skizo yang keje tag2 orang dan ganggu orang yang tak pernah ganggu dia siap ada kekasih gelap @oyo_miow
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau main lesung batu kt angkasa lepas confirm terapung kan? |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 4-6-2023 08:10 PM
kalau main lesung batu kt angkasa lepas confirm terapung kan?
apa yg terapungnya |
|
|
|
|
|
|
|
Lagubestbest replied at 4-6-2023 07:11 PM
kalau I dok atas tu 6 bulan, sampai bumi I tak jejak kaki dah mengengsot disabled terus. I bukan raj ...
Kat atas sana pun memang rutin mereka kena bersenam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|