CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 202|Reply: 0

[Perlis] KMI Healthcare tinjau peluang bina hospital di Perlis

[Copy link]
Post time 4-6-2023 12:01 PM | Show all posts |Read mode
KMI Healthcare tinjau peluang bina hospital di Perlis



Oleh Wartawan BH - Jun 4, 2023 @ 11:47am bhbiz@nstp.com.my




KMI Healthcare menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti dan perkhidmatan yang cekap pada harga mampu milik




KUALA LUMPUR: Cabang penjagaan kesihatan TDM Bhd iaitu Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (SEDC Perlis) bagi pembangunan perkhidmatan kesihatan di Perlis.

Menurut satu kenyataan bersama, kedua-dua pihak berhasrat untuk meneroka peluang pembangunan hospital atau kemudahan kesihatan swasta di negeri Perlis.

"Butiran lanjut akan ditentukan selepas penyelidikan lebih teliti oleh kedua-dua pihak," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif KMI Healthcare, Dr Rayney Azmi Ali, berkata Perlis dipilih atas permintaan masyarakat setempat dan juga saranan kerajaan negeri.

"Selain itu, ia juga adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan strategik lima tahun KMI Healthcare untuk membangunkan perniagaan kesihatan kami agar lebih berdaya saing," katanya.

Beliau juga berkata, syarikat mahu mengimbangi kedudukan hospital di Pantai Timur Malaysia khususnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Terengganu dan Kuantan.

Tidak lama lagi, ia juga akan diperluaskan ke Kemaman dan Kelantan, tambah beliau.

KMI Healthcare kini mengendalikan lima hospital pakar iaitu KMI Kuala Terengganu Medical Centre di Kuala Terengganu, KMI Kuantan Medical Centre di Kuantan, KMI Taman Desa Medical Centre di Kuala Lumpur, KMI Kelana Jaya di Petaling Jaya dan KMI Tawau Medical Centre di Tawau.

Hospital KMI Healthcare menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti dan perkhidmatan yang cekap pada harga mampu milik untuk manfaat komuniti.

Semua hospital yang dikendalikannya menyediakan bilik-bilik katil tunggal bagi memastikan tahap privasi dan keselesaan pesakit serta penjaga.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.403502 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list