CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 1704|Reply: 40

Wanita Terperangkap Banjir Kilat, Air Hampir Cecah Bumbung Kereta

[Copy link]
Post time 4-6-2023 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Klang: Seorang wanita terselamat apabila kenderaannya yang tenggelam akibat banjir kilat sehingga hampir mencecah bumbung disedari orang awam berhampiran lokasi kejadian di Jalan Meru, Taman Perindustrian Meru, di sini pagi tadi.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.44 pagi.


"Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan itu.






"Bomba menerima maklumat berlaku limpahan air di lokasi itu pada kedalaman anggaran 1.3 meter. Kereta jenis Perodua Aruz yang dipandu seorang wanita berumur 57 tahun tersekat di dalam limpahan air itu.


"emandu wanita berkenaan berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam, sebelum pihak bomba sampai di lokasi," katanya ketika dihubungi hari ini.


Mohamadul Ehsan berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah.


"Mangsa dipercayai terperangkap kira-kira lima minit sebelum kenderaannya ditenggelami banjir kilat itu.


"Bagaimanapun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan banjir kilat sudah surut," katanya.


Terdahulu, kejadian banjir kilat di beberapa kawasan sekitar daerah Klang dan Shah Alam berlaku susulan hujan lebat sejak pagi tadi.


Orang awam turut berkongsi gambar dan maklumat di media sosial mengenai limpahan air dan banjir kilat di kawasan masing-masing.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2023 11:28 AM | Show all posts
nasib baik suv. kalau lembugini dah jadi submarine.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujan sekejap je pun dah banjir? Parah betul ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 12:14 PM | Show all posts
JunkMail replied at 4-6-2023 12:00 PM
Hujan sekejap je pun dah banjir? Parah betul ni

projek bersihkan lonkang dah lulus atas kertas dan dah dibayar'


Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
lajunye air naik..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pagi td kan hujan lebat.rumah iols pun lebat gila hujan tp x sangka sebegitu je leh banjir
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2023 01:05 PM | Show all posts
uii...pagi tadi hujan lebat kejap pun banjir...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 4-6-2023 12:00 PM
Hujan sekejap je pun dah banjir? Parah betul ni

tu..la pasai..acaner nak 'minta' ujan ni...panas giler bape arini ni..nak jugok ujan nya...sekali banjir la pulok...tmpt lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2023 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelig yg dok klang belah² kerap banjir tiap bulan EL sbb banjir.
Nasib kereta xrosak ja.
Sempat alih tempat xnaik air.
Tp jenuh la nk tiap² kali banjir kilat nk bersihkn umah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 01:32 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 4-6-2023 01:46 PM

Klang dan Shah Alam antara kawasan yg bakal tenggelam  terosss tahun 2050 nanti sebab dah berada searas atau bawah paras laut ha gaytohhhh.



Hakikatnyeh, Shah Alam dan Klang tuhhh kawasan rendah jerrr setarap floodplain jahhh tapi Lembah Klang ni biasa lerr, tanah sekangkang berok pung boleh berdiri bangunan tinggi mcm Kenwingston Avenue celah2 bedah dikapit highway tuhhh

Global warming and sea level rise are real gaytohhhh

The Day After Tomorrow tersengih sinis mengintai dari tirai kamar ha gaytohh



Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 01:48 PM | Show all posts
yang belah hala ke shah alam start hujan lebat gila 3/4 pagi..

tapi belah laut klang sana, malam semalam da mula hujan menghala ke klang sampai ke subuh... (sebab rajin tengok map hujan mengharap kan hujan tiap malam, malas siram bunga )
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 01:50 PM | Show all posts
tu la menteri nak buat kete terbang korang troll ramai2 gelakkan, skrg tgok sape yg bertimpa-timpa kena musibah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 02:03 PM | Show all posts
teruknyaaa... dan iols lagi tertanya macam mana la dia boleh masuk ke dalam tempat banjir tu? ke main redah jah? berani betul...

bertambah la satu lagi keta banjir kat kedai jual keta secondhand gittuhh...

bak kata @Bipolajourney ciri2 Narsissistic Personality Disorder gittuh...

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak tiap-tiap malam Jumaat pun jadi mangsa banjir atas katil akak
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 4-6-2023 12:00 PM
Hujan sekejap je pun dah banjir? Parah betul ni

Mana ada sekejap sissy. Akak yang kat shah alam ni pun dah takut sis. Dari sebelum subuh dah hujan membawak sampek ke 10 pagi sebegituh sissss…
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 02:33 PM | Show all posts
antikorok replied at 4-6-2023 01:32 PM
Klang dan Shah Alam antara kawasan yg bakal tenggelam  terosss tahun 2050 nanti sebab dah berada sea ...

tinggi ke banjir tu nanti? kalau takat 1 level je belah2 bandar tu diorang boleh tambak top-up tanah je beli tanah dari pahang. Pahang takpe depa dah push-ups lama dah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2023 02:37 PM | Show all posts
antikorok replied at 4-6-2023 01:32 PM
Klang dan Shah Alam antara kawasan yg bakal tenggelam  terosss tahun 2050 nanti sebab dah berada sea ...


nasib baik dpt di selamatkan...alhamdulillah umur masih panjang...

tingat band jepun nama Day After Tomorrow, suka lagu Starry Heavens...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 4-6-2023 02:03 PM
teruknyaaa... dan iols lagi tertanya macam mana la dia boleh masuk ke dalam tempat banjir tu? ke mai ...

ni jew yang boleh tag ?
kemon cuba lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 02:46 PM | Show all posts
Bipolajourney replied at 4-6-2023 02:44 PM
ni jew yang boleh tag ?
kemon cuba lagi

alright... ofkosss iols boleh buat lebih lagi gittuhh... sabor2...

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by antikorok at 4-6-2023 02:58 PM
Lagubestbest replied at 4-6-2023 02:33 PM
tinggi ke banjir tu nanti? kalau takat 1 level je belah2 bandar tu diorang boleh tambak top-up tana ...


Jangkaan dalam 0.5 hingga 1 m tapi walaupun saintis kata pada tahun 2050 nanti yg dijangka bakalan tenggelam ala2 mcm lambert lagik, hakikatnyeh skrg pung sejak beberapa tahun ni banjir semakin kerap atau dengan erti kata lain nyeh hujan sekejap sejam dua teros banjir kilat menunjukkan longkang dan parit pon tak mampoo nak bawak aliran air tuh keluar cepat ke muara sungai. Bertambak burok kalau waktu pertembongan air pasang besor dan musim hujan lebat yakni air dari hulu turun ke muara.

Boleh jahhh bina benteng dan ban tapi selama mana bakalan bertahan kalau air laut teros naik silap2 sebahagian besor kawasan pinggir pantai tu bakalan berada bawah aras laut sama mcm 1/3 kawasan Belanda tu yg memang bawah laut dah skrg tapi tak banjir sebab ada tembok laut. 20-30 tahun lagik silap2 terpaksa la bina tembok pantai dari Sabak Bernam ke Sepang tuhh huntok elak air laut masok ke kawasan darat. Lebih terok, bila ban pecah teros tenggelam rumah kat pantai jadik mcm Jakarta tuh terpaksa larik ke darat sebab laut dah makan kawasan darat tuh tinggal sisa surau jah kat tengah laut ha gituu. Kat Kuala Selangor tuh pung berapa kali dah ban pecah kena baiki lagik ujong2 ban tuh tak dapat bertahan dah 10 tahun lagik.

Haku terasa rega hartanah bakalan jatoh sebab penduduk takkan tahan kena ngadap banjir tahunan yg bukan waktu musim banjir kalau hujan sejam dua pong hidop dalam ketakutan sebab air boleh naik sampai tenggelam umah dan kereta, lantas semua pakat pindah larik ke kawasan lebih tinggi di hulu sana tuhh 30-50 tahun lagik. Tapi kalau hulu tuh kawasan tanah runtuh la pulekk mcm Bukit Antarabangsa dan Ulu Yam tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.422977 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list