CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 914|Reply: 20

China Cuba Padam Sejarah Etnik Muslim Hui, Masyarakat Antarabangsa Digesa Bantah - ABIM

[Copy link]
Post time 3-6-2023 10:28 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Tindakan China bertekad mahu merobohkan sebuah masjid di Yunnan, China yang majoriti penduduknya Islam disifatkan sebagai hanya mahu melenyapkan sejarah dan sumbangan etnik Muslim Hui di wilayah berkenaan.



Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ia susulan budaya dan seni diamalkan kaum terbabit sudah berakar, sehingga menjadi sebahagian budaya masyarakat China.



Polis menghalang pintu masuk ke masjid Najiaying di Najiaying, daerah Tonghai, Yunnan, pada Sabtu. Gambar ini tersebar secara di media sosial China sebelum disekat. - Gambar dari thechinaproject.com


Menurutnya, insiden itu amat mengecewakan dan membuktikan ketidakprihatinan kerajaan China terhadap kebudayaan umat Muslim Hui.


“Kaum terbabit sudah bertapak serta membentuk sebahagian daripada kepelbagaian etnik di negara China.


“ABIM memandang berat laporan media antarabangsa mengenai tindakan kerajaan China merobohkan Masjid Najiaying, iaitu sebuah masjid berusia lebih 650 tahun di Yunnan, China,” katanya menerusi kenyataan hari ini.


Beliau berkata, keputusan pemerintahan kuku besi itu turut mencetuskan bantahan besar-besaran dalam kalangan Muslim.


“Bantahan itu mengakibatkan tangkapan serta tindakan di luar batas undang-undang berlaku di wilayah tersebut.


“Atas semangat kepelbagaian dan kosmopolitanisme sejagat, ABIM menyeru umat Islam serta masyarakat antarabangsa menzahirkan keprihatinan dan bantahan terhadap sikap tidak prihatin pihak berkuasa Republik Rakyat China,” katanya.


Terdahulu, kumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan polis berhubung rancangan pihak berkuasa tempatan ingin merobohkan kubah sebuah Masjid Najiaying di bandar Yunnan yang majoriti penduduknya Islam.


Beberapa imej dikongsikan menerusi media sosial menunjukkan, orang ramai berhimpun di luar Masjid Najiaying yang dipercayai dibina sejak abad ke-13 di pekan Nagu, pada Sabtu lalu.


Perhimpunan itu bertukar ganas apabila penunjuk perasaan mula merusuh dan cuba dikawal anggota polis bertugas.


Masjid Najiaying yang menjadi mercu tanda utama Yunnan dan pengurusan institusi agama itu hanya melakukan ubah suai selepas beberapa tahun pembinaan, menyaksikan kubahnya diperbaharui.


Namun, pada 2020, mahkamah memutuskan ubah suai terbabit sebagai tidak sah di sisi undang-undang dan mengarahkan supaya kubah baharu dibina itu dirobohkan.


Keputusan mahkamah itu mencetuskan beberapa demonstrasi sebelum ini.





Sumber: Getaran




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2023 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Perangai ummah terpaling komunih ni sama jahhh dgn Yehudi sana tuhhh. Dah banyak kali ditimpa bala wabak penyakit bencana alam takde sedor2 lagik
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2023 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa lg wat lah demo dpn kedutaan China
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2023 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Dap cakap apa?
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2023 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 3-6-2023 10:59 PM
Dap cakap apa?

"sini kita duduk manyak lama..manyak hepi..apa pung boleh..malaysia boleh maaa"....
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2023 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 3-6-2023 11:04 PM
"sini kita duduk manyak lama..manyak hepi..apa pung boleh..malaysia boleh maaa"....

Kalau kita minta kerajaan Madani ikut langkah China ni baru dap akan melalak.

Patutnya sita je semua harta milik cina di malaysia. Biar mereka mulakan hidup baru dari kosong macam majoriti melayu hari ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2023 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Mat nuat sibuk pomot filem mat dadih muka berlubang tu..haha
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 04:45 AM | Show all posts
Edited by dudaberhias at 4-6-2023 04:47 AM

propa gila... china lagi sibuk dukkk promot hui muslim tu ada lah kat tiktok... youtube etc...

susah nak percaya media amerika sebab mostly perang perdangan antara dua negara tu banyak betul propaganda... macam la amerika tu sayang sangat dengan orang2 islam sampai sibuk nak geledah isu uyghur dan muslim china kat xinjiang tu bagai...

yang kat xinjiang tu la citer konon china nak hapuskan terus etnik muslim...

dah la xinjiang tu tempat export makanan2 halal yang lebih masyukkk untuk ekonomi berbanding makanan non halal yang tak laku tu...

hui muslim takkan boleh di lenyapkan dari sejarah pun... sah2 maharaja theyols pun beranak pinak darah hui muslim jugak sebab consort rong tu pun etnik hui...

kita pun ramai rakyat china kat malaysia ni... takkan la kita dan theyols sama2 tak bertanya betul ke china tindas dan nak robohkan masjid... dah la china duduk malaysia ni tiap2 bulan mesti balik sana... takkan la tak bawa news langsung...

rela lagi iols percaya citer jiran cina komunis dari percaya media entah dari mana yang tak habis2 dok citer buruk negara orang...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2023 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Aik,  tajuk kata nk robohkan masjid,  tp dlm artikel plak ckp nk robohkan kubah yg diubahsuai secara x sah?.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 4-6-2023 08:20 AM
Aik,  tajuk kata nk robohkan masjid,  tp dlm artikel plak ckp nk robohkan kubah yg diubahsuai secara ...

Nak suruh repair balik kubah x selamat pun kata nak roboh satu masjid...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 4-6-2023 04:45 AM
propa gila... china lagi sibuk dukkk promot hui muslim tu ada lah kat tiktok... youtube etc...

susa ...

Propa media barat adalah benar pasal china ni. Tgk utuber travel mat salleh p kawasan Yunnan n xinjiang ni elok je aman damai org Islam sana.. terutama kat xinjiang pada aku antara tempat paling cantik kat dunia ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 4-6-2023 09:14 AM
Nak suruh repair balik kubah x selamat pun kata nak roboh satu masjid...


Teringat plak isu replika rehal dan kitab atas menara DBP dulu..... Nk robohkan sbb struktur dah x selamat pun jadi isu besar,  hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Jdi ni slh fhm ke cmne. Klo slh fhm, komunikasi kne jelas..xpasal2 rusuhan sbb bnde slh fhm.
Takkan nk roboh masjid ni, ada nilai sejarah lgi. China Kan suka bnde2 sjarah cmni
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 4-6-2023 04:45 AM
propa gila... china lagi sibuk dukkk promot hui muslim tu ada lah kat tiktok... youtube etc...

susa ...

kire ketua abim tu salah bace ler. hrp die layan porum dan bace trid ini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 11:26 AM | Show all posts
grouper replied at 4-6-2023 09:14 AM
Propa media barat adalah benar pasal china ni. Tgk utuber travel mat salleh p kawasan Yunnan n xin ...

iyo. sebab tu kena pergi sana baru boleh sembang. pergi ukraine / russia baru sembang. pergi syria baru sembang (bukan kem pelarian ye, mana2 bahagian dalam negara tu). ini hanya lihat dari perspektif media shj nak jatuh hukum, buka tabung derma, asal derma confirm pahala dapat, derma tipu atau benar itu masalah dia (scammer) di akhirat.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada berani ka? Pelabur dan pembeli utama komoditi kito???  Sejak zaman BN lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2023 01:23 PM | Show all posts
namieamuro replied at 4-6-2023 11:04 AM
kire ketua abim tu salah bace ler. hrp die layan porum dan bace trid ini.

yer kaka... citernya pasal kubah tu kena roboh sebab di renovate tak apply lesen gittew sebelum ni...ketua abim tu pun main baca je dari media antarabangsa katanya... choiiii...

orang2 cina uyghur/xinjiang dok meniaga buka restoran kat malaysia pun takde kecoh pasal ni...
tapi media barat kemain lagi yach kata nak roboh masjid lah nak hapuskan muslim bagai...
padahal lagi tertanya iols sejak bila plak amerika tu kisah pasal orang islam...




Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 02:10 PM | Show all posts
Drmu replied at 4-6-2023 10:36 AM
Jdi ni slh fhm ke cmne. Klo slh fhm, komunikasi kne jelas..xpasal2 rusuhan sbb bnde slh fhm.
Takkan ...

tak silap ni masjid yang di bina oleh maharaja untuk etnik hui masatu...
memang penting dan besar sejarahnya...

ada satu lagi masjid yang di bina kat beijing tu pun penuh sejarah besar... yang tu maharaja bina masa nak lamar consort rong...

consort rong tu mati2 takmau kat maharaja tu sebab kena pakai seksi dan pakai macam dynasty qing tu...

tapi iols rasa lebih kepada rhoper maharaja tu macam gampunk dan dah tua gayut tapi gigih nak cari consort lagi...


Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 02:14 PM | Show all posts
grouper replied at 4-6-2023 09:14 AM
Propa media barat adalah benar pasal china ni. Tgk utuber travel mat salleh p kawasan Yunnan n xin ...

yer chuols... iols salah sorang yang malas nak percaya media barat...
nak2 kita ni ada je rakyat china yang duduk malaysia tapi tiap 3 bulan balik sana... boleh je tanya sendiri kat theyols...
theyols pun taktau kisah2 pasal uyghur ke cina nak hapuskan muslim ni...
sebab muslim di china tu ada kilang2 pengexport besar makanan kot... rugi la untuk ekonomi negara kalau di hapuskan etnik muslim...
dah la quran, barang2 tulisan kalimah perhiasan islamik semua tu pun dari china...

takkan nak harapkan berdagang dengan musuh theyols amerika gittuh...

apa2 boleh bertanya... rakyat china ramai je kat malaysia ni... uyghur dan hui muslim pun ramai buka restoran kat sini...

penindasan yang iols tahu theyols takleh keje kerajaan, sebab keje kerajaan kena makan babi etc dan tak di benarkan break untuk sembahyang gittuh...

bukan sebab agama pun... tapi memang tatatertib keje negara komunis tu macamtu... sama je macam office govt negara bukan islam yang lain...



Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2023 02:56 PM | Show all posts
Kapal tentera laut PRC aman2 adja bersiar2 di perairan Malaysia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.457387 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list