CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

[Perlis] Penanaman 150,000 pokok, hadiah rakyat sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis

[Copy link]
Post time 3-6-2023 01:27 PM | Show all posts |Read mode
Penanaman 150,000 pokok, hadiah rakyat sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis


Jun 3, 2023 @ 12:38pm



Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. - NSTP/Zulfadhli Zulkifli



KANGAR: Kejayaan menanam 150,000 pokok secara serentak yang disertai pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini menjadi hadiah istimewa rakyat sempena ulang tahun keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-80.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah kejayaan menanam pokok dalam masa satu jam bermula 9 hingga 10 pagi itu, telah dimasukkan dalam Malaysia Book of Records.

"Ini hadiah istimewa daripada rakyat kepada Tuanku Raja Perlis sempena ulang tahun baginda ke-80 kerana ia simbolik pemeliharaan dan pengekalan khazanah negeri Perlis untuk generasi masa hadapan," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian pada Majlis Perasmian Perlis Green Hour Sempena Ulang Tahun Ke-80 Raja Perlis di Kompleks Ekopelancongan Sungai Batu Pahat di sini, hari ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi dan Teknikal) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Mohd Rahim Rani; Pengarah Perhutanan Perlis Ag Shaffie Ag Ahmadi dan EXCO kerajaan negeri.

Perlis Green Hour Sempena Ulang Tahun Ke-80 Raja Perlis mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai 'Penanaman Pokok Serentak Terbesar' selepas 150,000 pokok berjaya ditanam dalam masa satu jam.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah acara itu dapat menggalakkan penyertaan berterusan semua pihak termasuk agensi kerajaan, syarikat swasta dan korporat, selain badan bukan kerajaan, institusi pendidikan tinggi dan orang awam dalam usaha menambah baik ekosistem serta biodiversiti negara.

Sementara itu, Mohd Rahim berkata bagi tahun 2021 dan 2022, Perlis berjaya menanam 696,294 pokok iaitu melebihi sasaran sebanyak 400,000 pokok.

Katanya setakat 31 Mei tahun ini, negeri itu mencatat penanaman 87,037 pokok bersamaan 43.5 peratus daripada sasaran 200,000 pokok setahun. –BERNAMA








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.064555 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list