CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

[Kedah] KPDN Kedah ambil tindakan peniaga degil jual gula bersyarat

[Copy link]
Post time 3-6-2023 11:41 AM | Show all posts |Read mode

Penguat kuasa KPDN Kedah melakukan pemeriksaan di sebuah premis perniagaan di Guar Chempedak yang diambil tindakan kerana didapati menjual gula bersyarat. - Foto KPDN

ALOR SETAR: Tindakan peniaga sebuah premis perniagaan di Guar Chempedak, dekat sini yang degil mengenakan syarat pembelian gula kepada pelanggan mengundang padah apabila dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, dalam operasi Op Manis semalam, sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN Kedah melakukan pemeriksaan sekitar jam 10.45 pagi di premis terbabit hasil aduan orang awam.

"Seorang pegawai penguat kuasa KPDN menyamar sebagai pelanggan dengan berpakaian preman di premis berkenaan untuk membeli gula pasir kasar yang berharga RM2.85 satu kilogram.

"Hasil penyamaran yang dilakukan di premis itu mendapati premis terbabit mengenakan pembelian bersyarat yang mana setiap pembelian satu kg gula pasir kasar yang berharga RM2.85 sebungkus, pelanggan perlu membeli satu kg gula putih premium yang berharga RM4.60 sebungkus.



"Peniaga terbabit didapati melakukan kesalahan itu mengikut akta berkenaan kerana mengenakan syarat tanpa kebenaran pengawal bekalan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Affendi berkata, pegawai penguat kuasa KPDN Kedah kemudian bertindak menyita satu kg gula pasir kasar (RM2.85) dan satu kg gula pasir super premium (RM4.60) dan resit pembelian untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan mengikut akta ini boleh dikenakan tindakan iaitu bagi mana-mana orang perseorangan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi kesalahan yang kedua boleh didenda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali manakala pertubuhan perbadanan pula boleh didenda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan yang kedua didenda tidak melebihi RM5 juta," katanya.

Beliau berkata, KPDN Kedah ingin memberi amaran kepada peniaga supaya tidak mengenakan apa-apa syarat bagi pembelian barang kawalan dan tidak menyorok barang kawalan bagi mengelak dikenakan tindakan mengikut akta itu.

"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada Pejabat KPDN Kedah dengan menyalurkan sebarang salah laku peniaga melalui saluran seperti Portal e-aduan 2.0 http://eaduan.kpdn.gov.my, Call Centre 1-800-886-800, E-mel e-aduan@kpdn.gov.my atau Aplikasi EZ ADU KPDN.

"Selain itu, maklumat boleh disalurkan juga melalui Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-88826088/6245 atau WhatsApp 019-848 8000 dan 4317 serta Pejabat KPDN Kedah 04-7001745," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... jual-gula-bersyarat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.500550 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list