CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 184|Reply: 0

Kenderaan Curi Bernilai RM19.8 Juta Dirampas, 1,225 Individu Ditahan

[Copy link]
Post time 3-6-2023 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan seramai 1,225 individu terlibat kegiatan curi kenderaan dan merampas 847 kenderaan pelbagai jenis bernilai RM19.8 juta.


Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM dalam kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, operasi tersebut dijalankan Bahagian D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) Bukit Aman menerusi Op Lejang Khas yang menumpukan kes dalam tempoh Januari hingga April lalu.


Antara kenderaan yang dirampas JSJ menerusi Op Lejang Khas di seluruh negara.



Menurut kenyataan itu, berdasarkan statistik, sebanyak 6,709 kertas siasatan telah dibuka bagi kes kecurian kereta yang dilaporkan.


“Sebanyak 1,049 serbuan melibatkan tangkapan seramai 1,225 orang dan rampasan wang tunai sebanyak RM502,865.


“Dianggarkan nilai rampasan kenderaan adalah sebanyak RM19.8 juta bagi 847 buah kenderaan,” kata hantaran itu hari ini.


Jelas kenyataan itu, secara keseluruhan operasi dijalankan berjaya menyelesaikan sebanyak 1,658 kes dan daripada jumlah itu 639 kes atau 9.5 peratus kertas siasatan berjaya dituduh di mahkamah.


“Pihak polis menyeru masyarakat untuk mengambil langkah pencegahan dengan menambah ciri keselamatan pada sistem kenderaan.


“Berdasarkan kajian yang dijalankan, sindiket ini tidak mencuri kenderaan yang dilengkapi sistem tambahan,” ujarnya.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.042553 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list