CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

Tiada istilah rehat buat Damok

[Copy link]
Post time 3-6-2023 10:41 AM | Show all posts |Read mode

SYARIFUDDIN harap dengan persiapan dalam tiga minggu ini dapat membuahkan hasil di Mugello. FOTO Ihsan MTHelmets-Msi

Kuala Lumpur: Tiada istilah rehat untuk pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman apabila dia terus giat menjalani latihan sepanjang tempoh tiga minggu berada di Malaysia ketika ini.

Semua itu dilakukan Syarifuddin atau Damok semata-mata mahu mendapatkan keputusan terbaik pada pusingan seterusnya Kejuaraan Motosikal Dunia di Grand Prix (GP) Itali dekat Litar Mugello pada 11 Jun ini.

"Saya mempunyai tiga minggu di Malaysia sebelum perlumbaan di Mugello. Sekarang ini saya sedang melakukan persiapan diri bersama pasukan saya ZK Racing. Harap dengan persiapan dalam tiga minggu ini dapat membuahkan hasil di Mugello. Saya harap, semua dapat memberikan sokongan kepada saya di perlumbaan akan datang," katanya.

Pelumba MT Helmets-MSI itu kemudian dijadual menyertai GP Jerman di Litar Sanhsenring pada 18 Jun juga GP Belanda (TT Assen), 25 Jun ini sebelum pusingan seterusnya berlangsung di GP British, 6 Ogos.

Selepas lima pusingan, Damok kini berada di tangga ke-22 daripada 29 pelumba dalam kelas Moto3 dengan mengumpul lima mata yang diperolehnya menerusi penamat di tempat ke-11 di GP Argentina awal April lalu.

Pada pusingan sebelum ini di GP Perancis, Damok tidak dapat menamatkan perlumbaan susulan kemalangan ketika sedang memburu kedudukan dalam kelompok 10 terbaik di Litar Le Mans.

Bagaimanapun sebelum itu, pelumba berusia 21 tahun itu berjaya mempamerkan peningkatan di sesi kelayakan untuk memulakan perlumbaan di petak ke-10.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ah-rehat-buat-damok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.061562 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list