CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

[Pulau Pinang] 2 lagi ditahan susulan kes 'Ah Long' larikan kereta

[Copy link]
Post time 2-6-2023 10:29 PM | Show all posts |Read mode
2 lagi ditahan susulan kes 'Ah Long' larikan kereta


Oleh Nur Izzati Mohamad - Jun 2, 2023 @ 9:58pm bhnews@bh.com.my




Tangkap layar video tular sekumpulan individu melarikan kereta dipercayai mempunyai kaitan kegiatan ‘Ah Long’.




BUTTERWORTH: Dua lagi suspek ditahan termasuk seorang pemberi pinjaman wang susulan kes tular membabitkan sekumpulan individu merampas kereta seorang lelaki di persimpangan lampu isyarat dekat kawasan Mak Mandin, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata penahanan dua lelaki berusia 49 dan 57 tahun itu menjadikan lima suspek ditahan setakat ini, bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Beliau berkata, semua suspek dibawa ke Mahkamah Butterworth pagi tadi untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

"Pihak mahkamah membenarkan lima suspek terbabit ditahan reman selama lima hari sehingga Selasa untuk membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya hari ini.

Semalam, polis melancarkan serbuan berasingan di Perak dan Pulau Pinang sebelum menahan tiga lelaki berusia antara 27 hingga 49 tahun dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

Penahanan susulan video tular termasuk laporan polis yang dibuat mangsa pada hari sama kejadian berlaku.

Terdahulu, tular video di media sosial yang memaparkan detik cemas seorang lelaki diheret keluar oleh dua individu tidak dikenali dari kenderaan jenis Perodua Axia dipandunya sehingga orang awam menyangkakan ia kes samun.

Seorang suspek bertopi keledar kemudian masuk ke dalam kereta dan membawa lari kenderaan milik mangsa sehingga hampir melanggar seorang penunggang basikal.

Terdapat sebuah kereta berwarna hitam yang dinaiki seorang lagi suspek di belakang kenderaan mangsa.

Hasil siasatan polis mendapati kejadian mempunyai kaitan dengan pinjaman RM100,000 dengan 'Ah Long' RM100,000 yang dikatakan dibuat ibu mangsa.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.196658 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list