View: 1049|Reply: 5
|
"Kerja Tidak Pernah Mengira Waktu, Ikhlas Dalam Kerjaya,"-Anzalna Nasir Puji Bapa
[Copy link]
|
|
Anzalna Nasir menitipkan ucapan istimewa buat bapanya, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, 62, yang telah ditamatkan kontrak secara mengejut sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Anzalna berkongsi video momen bapanya bersama keluarga serta kapsyen menyentuh hati.
Foto: IG
Pelakon itu meluahkan rasa bangga serta mendedahkan keperibadian bapanya yang sangat tekad dalam kerjaya tanpa mengira waktu.
“Bangga sebagai anak. Abah amat prihatin soal pembangunan industri filem tempatan. Kerja tidak pernah mengira waktu. Ramai yang memuji abah tapi mungkin rezeki tidak menyebelahi abah ketika ini.
“Tetapi setiap kepayahan atau kesusahan, Allah akan balas dengan kemanisan jua akhirnya, apatah lagi bila abah ikhlas dalam kerjaya. Saya sentiasa ada di sini untuk ayah, I love you, you are the best!,” tulisnya di Instagram.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati atas nasib yang menimpa bapa Anzalna itu.
Adik Anzalna, iaitu pelakon Afifah Nasir meluahkan rasa duka yang berkata bapanya dilayan dengan sangat tidak adil.
“So beautiful. They treat you so unfairly but know that you have a lot of other people supporting you from afar. You do you, the amazing you. Allah is fair and knows what’s best for you,” katanya. -CARI
Sumber: XTRA
|
|
|
|
|
|
|
|
Ye la sapa lagi nk puji klu bukan family sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
entah lah... under ayah toaster smeg ni pun memang finas tu banyak masalah...tak pernah takde masalah gittuhh.... reda je lah di tamatkan... ganti orang lain pulak kot2 boleh function...
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 2-6-2023 09:22 PM
entah lah... under ayah toaster smeg ni pun memang finas tu banyak masalah...tak pernah takde masala ...
Sian plak bamajis. Penat2 penulis skrip wat research dibagi kat org lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Comel-comel anak Anzalna ni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|