CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 0

[Perlis] Pasangan suami isteri direman seminggu

[Copy link]
Post time 2-6-2023 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Pasangan suami isteri direman seminggu


Oleh Aizat Sharif - Jun 2, 2023 @ 11:45am bhnews@bh.com.my




Pasangan suami isteri dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar untuk mendapatkan perintah reman bagi bantu siasatan kematian ibu mereka - Foto Aizat Sharif




KANGAR: Pasangan suami isteri ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan kes menderaseorang wanita mualaf warga emas sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang, di Arau.

Perintah reman selama tujuh hari muilai hari ini dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali selepas suspek yang masing-masing berusia 34 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar sekitar jam 10.25 pagi hari.

Suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Ahmad Mohsin Md Rodi mengesahkan penahanan suspek.

Semalam, akhbar melaporkan seorang wanita warga emas, yang menghidap angin ahmar maut selepas dipercayai didera di sebuah rumah di Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang, Arau.

Mangsa, Rashidah Chong yang berusia 74 tahun adalah seorang mualaf berasal dari Paka, Terengganu dipercayai maut akibat dipukul.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.046862 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list