|
Anak sulung Didie Alias iaitu Nur Dhaniyah kesal di atas komen keterlaluan yang ditulis seorang netizen mengutuk ibunya yang tidak bertudung.
Di Insta Story, Dhaniyah, 30, berkata dia tidak tahan dengan komen berbentuk negatif yang ditujukan buat ibunya.
Foto: IG
“Allah sahaja tahu usaha seseorang untuk ke arah kebaikan, tak payahlah nak judge lebih-lebihkan.
“Dia (Didie) mencuba, saya tahu,” tulis Dhaniyah.
Dalam pada itu, Dhaniyah berkata disebabkan tidak tahan dengan komen yang disifatkan sangat ‘kurang ajar’ itu, dia tidak boleh menjadi public figure seperti ibunya serta Allahyarham bapanya, Ridzuan Hashim.
Via: Media Hiburan
“Sebab itu I tak boleh jadi artis, tak reti dan tak boleh nak tolerate atau respons kepada komen-komen sebegini, it give me negative vibe.
“Lebih baik saya sekat sahaja atau padam komen mereka. Lagi layan lagi bertambah panas,” tulis Dhaniyah.
Untuk info, selain Dhaniyah, Didie mempunyai empat lagi cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan arwah Ridzuan iaitu Muhammad Dhanial, 29, Nur Dinie, 27, Nur Dayini Ahza, 25, dan Nur Diyana, 24 tahun. -CARI
Sumber: Media Hiburan
|
|