CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3325|Reply: 56

Dah Habiskan Ribuan Ringgit Jaga Wajah Dan Tubuh, Ada Pula Yang Nak Boikot Aina Abdul

[Copy link]
Post time 1-6-2023 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Mengulas penampilannya dengan imej tilam digayakan pada minggu keempat sebagai juri tetap program realiti, Big Stage musim kelima, Aina Abdul menjelaskan bahawa dia bukan mangsa fesyen.


"Memang saya yang menimbulkan provokasi kepada netizen dengan imej dan penampilan yang ada kelainan," kata penyanyi popular itu.




IG




Menurut Aina, dia terkejut apabila membaca maklum balas daripada netizen membabitkan imej dan penampilannya itu.


"Saya tampil dengan imej itu kerana mengikut tema galau pada minggu keempat program Big Stage dan ada mesej yang mahu disampaikan kepada penonton.


"Imej katil atau tilam itu sesuai untuk meluahkan perasaan galau itu. Saya fikir imej itu akan mendapat komen yang menghiburkan kerana pernah pakai baju yang lebih besar dari itu," katanya.


Aina berkata, ada juga komen melampau yang diterima daripada netizen membabitkan imej dan penampilannya itu.


"Selain 'face shaming', ada netizen yang mahu boikot saya kerana imej dan penampilan berbeza yang ditampilkan. Sedangkan, selain imej dan penampilan, saya juga sudah habiskan ribuan ringgit untuk menjaga wajah dan tubuh sebagai selebriti," katanya.




IG




Terdahulu, imej dan penampilan Aina ketika menjadi juri tetap minggu keempat program Big Stage musim kelima sekali lagi mendapat kecaman teruk daripada netizen.


Menerusi tinjauan di media sosial Aina, rata-rata netizen mengkritik penampilannya dengan imej tilam yang digayakannya termasuk didakwa mengganggu pandangan penonton di belakang.


Tidak kurang juga ada netizen yang menganggap penampilan digayakan Aina itu seperti 'marshmallow'.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 10:08 AM | Show all posts
Mujur taknah minat dgr lagu-lagunya.. 90-an lagi padu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai juri pun kena ikut tema ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:42 AM | Show all posts
kelainan tu kalau bengap2 bodo2 tak perlu ya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Buatla kelainan tapi jangan selfish sampai orang lain tak nampak stage
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols rasa ok he sheols nak pakai apa pun selagi tutup aurar. At least adalah color dalam industri hiburan malaysia. Boring la kalau semua nak formal je. Biar sheols all out and looks vazzz.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2023 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
over sgt pun Kalau nk tonjol galau baik pakai baju yg dulu tu.. baju plastik sampah.. kena dgn tema & kaler hitam tu sesuai
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Daripada membazir buat baju entah apa2 mcmni elok lagi invest $$$ tu utk polish up lagi kulit wajah sheols.. agak terganggu tgk lubang2 npk kt kaca tv. Meols bkn nk face shaming sheols yach tp dh nama pun selebriti…nk kekal lama suka x suka kena alert benda2 cmni…jgn berselindung disebalik outfit pelik2 jer utk tarik perhatian org.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
jadi juri jah pun kalau show sendiri takpe la jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 04:49 PM | Show all posts
hayrin86 replied at 1-6-2023 10:08 AM
Mujur taknah minat dgr lagu-lagunya.. 90-an lagi padu..

lagu-lagu dia ok jugak sebenarnya..
tapi aku tak suka suara dia masa menjerit tu... dia punya pitch tu rasa nak
pecah gegendang telinga aku
low note dia sedap jugak... pd aku penyanyi yg high note sedap mcm Francisca Peters (penyanyi lama)
walau tinggi tp nada x menjerit... mcm Aina ni & jac lg sorang.. aku x tahan betul...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia dah tak seteruk dulu. Berapa ribuan dah habis ya?

Tapi spoke person produk kecantikan juga jan dia niii?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 05:08 PM | Show all posts
tak pernah minat even semua puji suara dia. menjerit2, try hard sgt main vokal setiap lagu. ni pkai plak pesen gini mmg who r yusss laa kau situ
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak salah nk ber fashion tapi biar lah kena pada tempatnya. Awak tu juri je, bukan nak perform pun, so tak perlu la nk over sgt fashion tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sheols bernasib baik sebenarnya  dpt capture market 'pepondan millenial zaman skrg' ..ala2 mcm ziana zain dulu2..cuma kak zz peminat dia lebih meluas bukan skdr niche golongan pondan saja
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
"Memang saya yang menimbulkan provokasi kepada netizen dengan imej dan penampilan"

Biasanya yg suka provok2 ni spesis kaki gaduh
Mujurlah aku x penah minat ena bedul ni sbb TAK LAWA DAN HODOH
vokal Marsha Milan lg padu dr vokal ko
Ena bedol ni spesis kurang ajar dan x respek audiens lain dlm dewan tu.makin lama makin bodohh..ye la..muka out hodoh mcm shelup
So provok la sbb nak attention
Kesiannn
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
apa provoke provoke puloppp
elehhhhhhhh
so para pemenatnya rs terprovoke ke tidakk

nvr be yr fan.thanks.
next
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
La dia ada jaga wajah ka.xnmpk kesan pun... klw dia xgtau...iol ingt dia xjaga.. sbb xda perubahan..mmg nmpk mcm geng2 anak felda.. ops 1 lg..dia jaga bdn ek... nmpk sehat mcm yis aktif je....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
tak suka lagu high pitch yg x merdu. boikot jah.. x kisah
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tetap x minat
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya bila Malaysia nak muncul penyanyi yg full pakej mcm CT muda2 dulu2.. Klu penyanyi indonesia tu ramai kan geng2 alumni Indonesia Idol dan X Factor yg cantik bangat dan suara pon sedap.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.335474 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list