CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Makin Parah Bidang Sains Disisihkan, Ramai Pelajar Pilih Aliran Sastera Sebab Senang Lulus Dan Cepat Kerja

  [Copy link]
Post time 1-6-2023 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 1-6-2023 11:18 AM
betul la tu.
sains dan engineering kat negara ni takde masa depan


Tade masa dpn sbb lambakan. Zaman dahulukala kalo spm x cemerlang x pyh mimpi nak ambik kos engineering.

Tp zaman skrg bdk bodoh2 Dan biasa2 je blh ambik engineering. Janji ada pulus. So beza kualiti engineer dulu2 dgn skrg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
asmurai replied at 1-6-2023 02:46 PM
Kalau kat sektor awam, jadi PTD, ada peluang naik jadi bos kepada segala professional STEM ni. Kerj ...

Satu lg ketua2 jabatan, ksu2, pengarah2 kebanyakan ptd. 1 penindasan utk skim lain. Makna kata skim lain tu kalo ko hebat level dewa pun x kan dpt jd pengarah sbb da reserved utk ptd.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Entahlah course apa iols nak hantar anak ni sambung belajar nanti.
Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah korang susahkan silibus math and sains lg mau tanya naper bdk2 tu terarah ke aliran yg senang...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Belajar penat2 keja gaji ciput. Living cost tinggi then nak kena bayar loan study lagi. Hadap je lah dunia kapitalis ni nak buat camne. Yg bodoh pun boleh angkat jdi menteri apedehal
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 04:59 PM | Show all posts
budak yang amik SPM 2022 ni, budak paling kesian...

sebab tak sekolah hampir 2 tahun, pastu terus nak exam SPM gitu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2023 06:13 PM | Show all posts
asmurai replied at 1-6-2023 02:46 PM
Kalau kat sektor awam, jadi PTD, ada peluang naik jadi bos kepada segala professional STEM ni. Kerj ...

patut la PMX kita suruh semua menteri ambik PTD jadi assistant derang, power btul PTD,
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedehhhh tengok STEM semakin menuju ke zaman kegolapan mcm zaman kegolapan kokesen Eropah dedolu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Bdk xnak masuk aliran sains sbb gaji jurutera & doktor kat Malaysia ni kecik....belajar susah...nak dpt first class susah..nnt ptptn xleh dpt free. Kalau course lain senang je nak dpt first class
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
sepatutnya betulkan sistem pekerjaan di malaysia ni. apesal budak sastera kelas ceruk tetiba jadi bos utk budak2 geliga ni? diorg pulak yg diangkat jd pengarah, ceo dll. yg bidang professional ni kena jadi pak turut puak2 ni yg tau cakap ja banyak, kerja x jalan. kalau xsetelkan yg ni payah la org nk masuk bidang professional. satu lagi bidang2 yg ada kat aliran form 4 ni pun terhad la. variasi kan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi doktor belajar penat kerja pun penat
Baik jadi youtuber ke influencer ke
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 07:17 PM | Show all posts
otai_g replied at 1-6-2023 04:35 PM
Tade masa dpn sbb lambakan. Zaman dahulukala kalo spm x cemerlang x pyh mimpi nak ambik kos engine ...

mana ada budak amik course engineering dah
banyak IPT dah tutup course engneering,
macam bio engineering & telecommunication

fakulti aku dulu satu batch intake average 400 students
sekarang 30 pun tak sampai, tu termasuk mechanical,
yang diploma tak sampai 20 orang.

ada tu yang SORANG student jer satu kelas

dekat kolej komuniti yang yuran murah pun sama trend nya,
belas2 student jer, tinggal satu kelas
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Blessed_Servant replied at 1-6-2023 04:51 PM
Belajar penat2 keja gaji ciput. Living cost tinggi then nak kena bayar loan study lagi. Hadap je lah ...

jgn la....nt terasa la mat meth & kengkawan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 07:58 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 1-6-2023 08:00 PM

ini satu contoh, tahun 2022

tahun sebelum tu pun,
UTM dan USM pun dah hentikan banyak program berkaitan STEM


UM henti 20 program akademik
Oleh Muhammad YusriMuzamir - Julai 17, 2022 @ 1:38pm
yusri.muzamir@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Institusi pengajian tinggi (IPT) tertua negara, Universiti Malaya (UM) menghentikan 20 program akademiknya selepas kajian mendapati ia tidak lagi relevan dengan keperluan pasaran dan keadaan semasa.

Langkah yang bermula pada sesi pengajian 2021/2022 itu juga bagi memastikan graduan UM selepas ini mudah mendapat pasaran kerja serta memenuhi kehendak industri berbanding menawarkan kursus yang akhirnya menyebabkan lulusan UM ditawarkan kerja tidak sepadan dengan ilmu dipelajari.

Pemansuhan semua program akademik itu membabitkan pelbagai peringkat pengajian, masing-masing 13 program tidak popular atau bilangan graduan yang rendah, manakala tujuh lagi berikutan keperluan penawaran program baharu.

Antara program akademik dimansuhkan ialah Sarjana Muda Sains Bioinformatik, Sarjana Muda Sains (Sains Bahan), Sarjana Muda Sains Biokesihatan, Sarjana Muda Sains Pengajian Sains dan Teknologi serta Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan).

Selain itu, Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sains), Sarjana Pendidikan (Pendidikan Matematik), Sarjana Pendidikan (Perancangan dan Pentadbiran), Sarjana Kepimpinan Pendidikan, Sarjana Kejuruteraan Sistem Kuasa, Sarjana Sains Perubatan (Fisiologi), Sarjana Penyelidikan Ekonomi dan Sarjana Penyelidikan Pentadbiran Awam.

Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Mohd Hamdi Abd Shukor, berkata pemansuhan itu dibuat mengikut kriteria ditetapkan oleh Kajian Indeks Kelestarian Program (IKP), yang antara lain turut mengambil kira tahap populariti, keluaran atau graduan rendah serta program akademik yang tidak berdaya saing.

Beliau berkata, fokus IKP terbahagi kepada dua, iaitu populariti dan kebolehpasaran program akademik dengan kajian itu dibangunkan tanpa membabitkan maklum balas industri, sebaliknya berdasarkan analisis data mengenai trend pencapaian program bagi beberapa sesi akademik berpandukan dua kriteria berkenaan.

"Proses analisis pencapaian program dibuat mengikut empat kriteria, iaitu penentuan skor subkriteria dan markah pencapaian setiap program, penetapan tahap pencapaian program berdasarkan markah pencapaian.

"Penentuan kategori berdasarkan analisis tahap pencapaian bagi setiap program serta Tindakan Kelestarian Program (TKP).

"Berdasarkan analisis statistik yang diperoleh, tahap pencapaian program dikategorikan mengikut julat pencapaian, iaitu cemerlang, sangat memuaskan, memuaskan, tidak memuaskan dan sangat tidak memuaskan," katanya kepada BH.

UM turut menjenamakan semula 50 program akademik lain, masing 26 program ditawarkan dengan nama baharu, 19 digabungkan dengan nama baharu, digabungkan dengan nama sedia ada (4) dan mod baharu (1).

Menjelaskan proses pemansuhan, Mohd Hamdi berkata, setiap kursus yang mahu dilupuskan perlu melalui tiga peringkat, iaitu penawaran kohort baharu dihentikan (penjumudan), sebelum dibekukan dan seterusnya dilupuskan.

"Setiap peringkat berkenaan akan berkuat kuasa selama dua tahun dengan keputusan akhir akan dimuktamadkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

"Ketika ini, status program pengajian berkenaan tidak lagi menerima pengambilan pelajar baharu, sebaliknya meneruskan kohort sedia ada dengan tempoh tindakannya berkuat kuasa selama dua tahun," katanya.

Katanya, mana-mana program dimansuhkan yang ingin ditawarkan semula pula perlu melalui proses mengkaji semula struktur program, kaedah penyampaian dan penilaiannya serta membentuk Jawatankuasa Pengajian membabitkan wakil pihak luar, termasuk industri.

Beliau berkata, program berkenaan kemudian akan dibekukan dan status program pengajian tidak ditawarkan bagi suatu tempoh tertentu selepas tamat tempoh pemansuhannya dengan jangka masa tindakan semasa adalah dua tahun.

"Eksesais semakan kurikulum perlu diadakan dalam tempoh pembekuan berkenaan, sekiranya ingin membuka semula struktur penawarannya, selain perlu dibawa ke Arahan Kerja Urusan Penawaran Program Baru (UMPT02-PKO3-AK003).

"Akhirnya, program pengajian tidak akan ditawarkan lagi dan dimansuhkan terus daripada senarai program diluluskan mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) dengan status akreditasi bakal dibatalkan dan sijilnya dipulangkan kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)," katanya.

Mohd Hamdi bagaimanapun berkata, keputusan mengenai pemansuhan berkenaan tidak menjejaskan kedudukan atau penarafan UM pada peringkat antarabangsa berikutan terdapat program pengajian baharu yang ditawarkan.

Sentiasa lihat keperluan penawaran

Katanya, UM sentiasa melihat kepada keperluan penawaran kursus baharu yang lebih relevan, sesuai dengan pasaran pekerjaan semasa, Revolusi Industri 4.0 (IR.4), sekali gus mengangkatnya ke persada antarabangsa.

Beliau berkata, antara kursus pengajian baharu diperkenalkan UM ialah Sarjana Keselamatan Siber, Sarjana Pengurusan Halal, Sarjana Kepintaran Buatan dan Sarjana Sains Data.

"Kursus atau program pengajian baharu ini mengutamakan bidang baharu dan terkini, sesuai dengan keperluan pasaran disamping menerapkan ilmu baharu, selaras keperluan semasa.

"Kebanyakan juga ditawarkan secara dalam talian, sama ada secara pembelajaran jarak jauh (RL) atau pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL) yang mengambil kira mod pembelajaran secara teradun.

"Selain itu, pelbagai kaedah penilaian alternatif dilaksanakan berdasarkan jenis kursus dan bidang ditawarkan," katanya.

Mohd Hamdi juga berkata, pihaknya menyedari harapan ibu bapa yang menghantar anak mereka memasuki universiti supaya mendapat pekerjaan dan gaji yang sepadan kelulusan.

"Kita tidak mahu menjadi universiti yang hanya sekadar menawarkan kursus kepada pelajar, tetapi mengetahui bidang dipelajari itu tiada permintaan pasaran.

"Susulan itu, tindakan ini diambil kerana kita prihatin dengan nasib pelajar dan bertanggungjawab memenuhi harapan keluarga mereka," katanya.

Pada Disember 2019, BH pernah mendedahkan sebanyak 55 program kejuruteraan yang ditawarkan 12 IPT, termasuk lima universiti awam (UA) dimansuhkan kerana beberapa faktor seperti tiada permintaan dan kursus yang hampir sama.

Majlis Akreditasi Kejuruteraan dan Lembaga Jurutera Malaysia berkata, antara UA terbabit adalah UM, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS).

Susulan pendedahan itu, Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan) Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) mengesahkan IPT yang memansuhkan 55 program kejuruteraan mereka sudah mengambil kira faktor kebolehpasaran graduan dan kesesuaian program ditawarkan.

JPT juga menjelaskan, keputusan IPT dalam menggugurkan program terbabit sejajar perkembangan semasa dan sudah diteliti secara mendalam, selain ia antara langkah proaktif bagi mendepani keperluan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) serta perubahan dalam trend pekerjaan semasa.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/977247/um-henti-20-program-akademik
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 1-6-2023 06:49 PM
sepatutnya betulkan sistem pekerjaan di malaysia ni. apesal budak sastera kelas ceruk tetiba jadi bo ...


abes..ketua negara kita pung..dr aliran sastera..nk gerbang apa
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by asmurai at 1-6-2023 10:20 PM
otai_g replied at 1-6-2023 04:37 PM
Satu lg ketua2 jabatan, ksu2, pengarah2 kebanyakan ptd. 1 penindasan utk skim lain. Makna kata ski ...


sbg contoh, kenapa ketua pengarah jabatan pengurusan sisa pepejal ialah ptd sedangkan officer officer bawah ialah jurutera dan jabatan tersebut mengendalikan perkara berbentuk teknikal?

Serupa la jugak dengan SEDA, sustainable energy development authority, CEO nya PTD graduate economy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
asmurai replied at 1-6-2023 08:01 PM
sbg contoh, kenapa ketua pengarah jabatan pengurusan sisa pepejal ialah ptd sedangkan officer offi ...

Mudah je jawapan dia. Ok bos kpd bos jabatan pengurusan sistem pepejal tu skim apa? M kan? So sp lg nak tlng M kalo bkn M.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 1-6-2023 12:13 PM
as programmer, adik i dah 3 kali lompat keje,
umor 30, gaji hampir 5 angka,
keje company australi ...

Best kan jd programmer lg2 gaji dlm currency luar...
But anyway pengalaman dia study in engineering memberi sifat resilient and solution seeker tu...so jgn rs rugi...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:42 PM | Show all posts
betullah tu i setuju... elakkan science stream sebab mmg peluang kerjaya sangat sedikit... bagi i, baik belajar course yg boleh self sustanance yg boleh develop jd bisnes sendiri... makan gaji 9 to 5 nowadays mcm dah tak berapa mesra mental health sgt
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2023 08:15 AM | Show all posts
byk komplen yg bos2 dari aliran sastera (PTD) yg menjaga byk sektor yg bawahnya pegawai dari aliran sains.

realiti itu berlaku di Malaysia, itu sbb byk keputusan dibuat menyukarkan golongan bawah untuk melaksanakannya. cuba check KSU KSU nie semua. mereka tak faham bab teknikal tapi nak selesaikan isu banyak melibatkan ilmu sains. bila mereka tak faham jadi caca merba agensi pelaksana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:19 AM GMT+8 , Processed in 0.064823 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list