CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2172|Reply: 37

Makan Ikan Longgok Tak Fresh, Langsir Rumah Pakai Surat Khabar -Aliff Syukri Dan Shahida Pernah Hidup Susah

[Copy link]
Post time 1-6-2023 09:47 AM | Show all posts |Read mode
Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida tampil berkongsi kisah lampau mereka sebelum berjaya dalam bidang perniagaan.


“Sebenarnya saya tak sangka perniagaan saya boleh maju sebab pada awalnya saya hanya nak teruskan kehidupan sekurang-kurangnya ada rumah dan kereta sendiri dah cukup. Tak pernah terfikir nak jadi kaya raya.


Foto: IG




“Apa yang saya ada hari ini pun adalah dari semangat saya untuk perniagaan dan anak-anak saya,” katanya kepada XTRA.


MalShahida juga sempat meluahkan rasa kagumnya terhadap semangat yang dimiliki Aliff yang tidak putus asa untuk mengubah nasib keluarga.


  



“Mungkin orang lain tidak tahu, tapi suami saya ni sangat kuat semangat. Dia penat macam mana pun dia takkan balik rumah kalau kerja belum siap,” jelasnya.


Dalam pada itu, Aliff menganggap kejayaan yang dimilikinya kini juga membuatkan dia sedar akan asal usul dirinya mula berniaga suatu ketika dahulu.




  



“Saya pernah berniaga di pasar. Saya rasa pengalaman itu yang paling mahal dalam hidup saya. Bila kita pernah hidup susah, bila jatuh tu kita tak akan rasa sakit.


“Bila ada dah berkeluarga ni, saya selalu fikirkan tentang tanggungjawab terhadap mereka sebab tak nak mereka lalui semua itu.


“Sebab tu kalau ada anak muda zaman sekarang yang nak berniaga, jangan pernah malu dan putus asa walaupun berniaga di pasar. Saya percaya pepatah melayu kata ‘hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat’."




  



Shahida juga sempat berkongsi asam garam kehidupan mereka ketika awal perkahwinan tatkala perniagaannya ingin berkembang maju.


“Kami pernah makan ikan longgok yang tak fresh. Langsir rumah pun pernah pakai surat khabar sahaja. Setiap kali dapat gaji kami kena bahagikan gaji kami untuk dahulukan anak-anak kami.


“Sebab tu bila anda rasa anda susah, percayalah ada yang lagi susah dari anda. Bila anda nampak indahnya saya sekarang, anda tak tahu pun pahit saya sebelum ni. Kena sentiasa rasa bersyukur."




  



Enggan anak-anaknya menerima nasib yang sama, Aliff dan Shahida menyatakan mereka sudah mula mendedahkan mereka cara berniaga dan berusaha untuk mendapatkan sesuatu diusia yang muda.


“Saya mula berniaga seawal usia 16 tahun. Memang tak mudah. Kejayaan saya berada di tahap sekarang ni pun kerana adanya isteri dan anak yang sentiasa sokong saya.


“Saya selalu berdoa supaya anak-anak saya berjaya dunia akhirat dan dapat mewarisi perniagaan saya ini. Saya tak mahu anak saya dihina seperti saya yang bodoh, ketinggalan dalam pelajaran.




  



“Sebab tu walaupun anak saya masih muda lagi, saya ajar mereka untuk berniaga, dedahkan mereka cara hidup susah juga.


“Tapi suka saya nak ingatkan orang yang tidak berpelajaran pun boleh berjaya. Zaman sekarang ni siapa yang bijak, kreatif, rajin mereka tu lah yang akan ke depan,” katanya. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 10:44 AM | Show all posts
rasanya mcm dah 4-5 thread pasal hidup lampau depa yg mcm2
nak cerai la... nak lari la.. itu la ini la...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kangkung1M at 1-6-2023 12:05 AM
cikatilia replied at 31-5-2023 10:44 PM
rasanya mcm dah 4-5 thread pasal hidup lampau depa yg mcm2
nak cerai la... nak lari la.. itu la ini  ...

Oh dah start musim retis kongsi cerita pahit sebelum mereka kaya ye.

Bila baca tajuk thread 'langsir rumah pakai surat khabar,' aku teringat kisah Hanis Zalikha. Konon berpanas bersempit tinggal dlm bilik kecik sementara nak tunggu rumah diubah suai. Realitinya, dia & suami aman2 duduk rumah Karsinah Rostam. Retis2 ni mmg kuat membongak.

  

Sembang gebang yg paling epik, anak Dato K, Asyraf beritau pernah hidup susah dgn isteri, Tyra sampai tahap terpaksa catu makanan:
"Pernah satu tahap saya dan isteri sampai kena catu makanan kerana kekangan duit. Kami hanya ada RM10 untuk memilih sama ada makan nasi goreng di kantin atau di restoran mamak,” ujarnya.
Sumber: https://www.siakapkeli.bbn.my/2020/04/anak-datuk-k-dedah-pernah-susah-duit-tinggal-rm10/
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:55 AM | Show all posts
kalo alif dgn kakak dia yati cite pasal pernah susah masa kecik tu logikla...tp kalo dia awal kawen pun susah sampai mcm tu menipu sgtla..masa ko kawen tu bkn mak ko mmg dah berbisnes maju dah ke..walo tak kaya skrg tp xdela merempat pun kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 12:09 PM | Show all posts
Bijik la.
Tu je aku mampu komen
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 12:14 PM | Show all posts
Edited by cikatilia at 1-6-2023 12:19 PM
Kangkung1M replied at 1-6-2023 11:52 AM
Oh dah start musim retis kongsi cerita pahit sebelum mereka kaya ye.

Bila baca tajuk thread 'lang ...

aku rasa hat RP-A yg kata
papa bekerja keras tu lagi hanat...


coii.. aku rasa jiran aku yg susah xpernah plak aku tgk bertirai kan sok kaba
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2023 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 1-6-2023 12:09 AM
Bijik la.
Tu je aku mampu komen

AC Mizal pon pernah hidup susah dgn datin, sampai tahap makan tisu cicah kuah roti canai. Ko jgn memain dgn sembang gebang retis2 Malaysia ni haha.

  

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 12:53 PM | Show all posts
so??

dah tu, kenapa perangai bila dah kaya, hina bebenor?

dah berapa kali kontroversi benda tak senonoh kau buat?

tu, muzik video tak elok, dah berapa kali?

sorry to say toklep,
tapi Iols raya, waktu chuols miskin lebih mulia daripada waktu kaya, serupa zaman jahiliah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ell2026 replied at 1-6-2023 11:55 AM
kalo alif dgn kakak dia yati cite pasal pernah susah masa kecik tu logikla...tp kalo dia awal kawen  ...

Betul. Kalau alip tu cerita masa kecik susah, percaya la sb tau mak dia dlu susah..
Ni masa kawin tu ,maknya pun dah kayoo..ST tengah mendunia masa tu
Sembang kencing betul 2 laki bini ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kangkung1M replied at 1-6-2023 11:52 AM
Oh dah start musim retis kongsi cerita pahit sebelum mereka kaya ye.

Bila baca tajuk thread 'lang ...

Cerita anak dato k ni paling hanattt sangat menipu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 1-6-2023 12:57 AM
Cerita anak dato k ni paling hanattt sangat menipu.

Tengok la siapa gurunya. Katanya Azizan Osman yg melatih dan membimbing dia sehingga jadi usahawan berjaya.

  
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 aje melampo cite hasanah dorg ni ye..bercatu berjimat tu biasa tp dh tahap mkn tisu sdgkn ko retis ko rs?asnaf2 yg msuk bersamamu hidup melarat 10 beranak pun ak x penah lg dgo mkn tisu..yg keturunan kaya raya t20 kekonon ad 10 inggit je..ak b40 sesak2 alhamdulillah allah bg cukup rezeki dh knp ko dik karang cite x beragak
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
KikiHadid replied at 1-6-2023 02:06 PM
Kdg2 aje melampo cite hasanah dorg ni ye..bercatu berjimat tu biasa tp dh tahap mkn tisu sdgkn ko re ...

Yg makan tisu tu pun anak org ada ada kan? Artis pun bukan sendu masa tu. Ada job. Takkan tak menyimpan langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 1-6-2023 02:11 PM
Yg makan tisu tu pun anak org ada ada kan? Artis pun bukan sendu masa tu. Ada job. Takkan tak meny ...

Tu psl meolls kata x beragak dorg ni igt rkyt mesia ni semua tolol2 ke percaya je cite hasanah dorg..sorg bkk cite hidup ssh abis semua sibuk jgk nk bercerita padahal background family bkn org ssh
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
x abes ii ko merepek syaitonnn


RiP
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 02:23 PM | Show all posts
lagi percaya kak hasanah dari pondan geletis ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Pondan ni tak habis2 menggedik ...kau dgn satu keluarga kau aku pangkah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 02:24 PM | Show all posts
asfaz replied at 1-6-2023 02:11 PM
Yg makan tisu tu pun anak org ada ada kan? Artis pun bukan sendu masa tu. Ada job. Takkan tak meny ...

Menipuuuuu.. ayah dia OCPD Muar.. takkan laaaa nak bagi anokkkkkkkkkkkk merempattttt tak cukup zat
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
susah btol2 kang baru tau..btw, mak nyer alifsyukri ni pun ntah yer ntah tak dedulu susah bebeno…sbb tetiba je wujud dgn produk ST tu, tetiap minggu buat iklan kat majalah Mingguan Wanita..iklan ST tu kira cantik jugak tau utk zaman2 tu..dlm tahun 2002/2003 gitu..i masa tu tgh study, x miss beli MW..mmg terpedaya gak ar dulu bila baca kisah2 sedih mak alip ni promote produk…tapi skrg bila pikir2 balik, pastu dah exposed dgn hal cuci duit, alibaba bagai..i terpikir, ntah2 mak dia dulu pun dpt modal ntah dari cina @ sesapa..sbb out of nowhere tau, tetiba kuar produk ST tu, packaging & slot iklan cantik2..tetiap minggu kuar kat MW tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 02:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.104148 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list