CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4527|Reply: 95

[Tempatan] Ada kilang Panasonic akan tutup, ramai bakal hilang kerja

[Copy link]
Post time 1-6-2023 09:29 AM | Show all posts |Read mode
Ada kilang Panasonic akan tutup, ramai bakal hilang kerja

https://www.malaysiakini.com/news/667126

Isabelle Leong & S Vinothaa
Diterbitkan:  Jun 1, 2023 9:00 AM⋅
Dikemaskini: 9:00 AM



Ditubuhkan pada 1965 sebagai Matsushita Electric Company Malaysia Bhd dan dinamakan semula Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd (PMMA) pada 2005, firma Jepun itu menggajikan lebih 2,000 pekerja di pelbagai kilang di seluruh Malaysia pada kemuncaknya perniagaannya.

Walau bagaimanapun, gergasi pembuatan itu kini berdepan pelbagai cabaran.

Malaysiakini difahamkan bahawa dipercayai kilang pembuatan Panasonic di Malaysia akan ditutup tidak lama lagi, menyebabkan ratusan pekerja menganggur.

Ini selepas PMMA pada tahun lalu kalah dua kes berasingan berkaitan tuntutan di mahkamah yang mendakwa bekas pembekalnya, pengarah eksekutif Chen Ah Huat dan kakitangannya telah menipu berjuta-juta ringgit sebagai bayaran untuk kerja yang tidak dapat disahkan sudah dilaksanakan.



Sumber maklumat mengenai perkara itu mendedahkan bahawa pengarah eksekutif PMMA ketika itu Chen telah dipecat pada 2013, dan seterusnya 15 pengurus juga telah ditamatkan perkhidmatan.

Syarikat itu juga melancarkan piagam sifar rasuah yang menekankan ketelusan, integriti dan melindungi pemberi maklumat.

Beberapa bulan selepas ia kalah dalam kes di mahkamah itu, PMMA menutup operasi pembuatan peralatan dapurnya di kilang SA1nya, yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam, pada 17 Mac, menjejaskan 75 pekerja tempatan.

Enam puluh daripada pekerja itu diberhentikan melalui skim pemisahan bersama (MSS) manakala 15 lagi dipindahkan ke jabatan lain.

Tiada kaitan kes saman sivil

Bagaimanapun, dalam laporan tahunannya, PMMA tidak mengaitkan penutupan itu dengan tindakan undang-undang berkenaan, sebaliknya merujuknya kepada penjajaran semula pengeluaran global oleh Kumpulan Panasonic.

Syarikat itu juga memetik peningkatan kos buruh dan berkata ia menyasarkan untuk terus mengguna pakai automasi dalam mencapai status 'Kilang Pintar' pada 2030.

Sepanjang lima tahun lalu, syarikat itu telah memberhentikan 689 pekerja tempatan, termasuk pekerja khidmat sumber luar dan kakitangan sementara dan menghantar pulang 392 pekerja asing.

Bagaimanapun, Panasonic juga mewujudkan 63 pekerjaan baru untuk penduduk tempatan pada 2020, menurut laporan syarikat itu.

Banyak lagi kilang nak tutup

Malaysiakini difahamkan penutupan Kilang SA1 bukanlah yang terakhir pada tahun ini, dengan kilang di Melaka dalam kumpulan Panasonic - Panasonic Appliances Refrigeration Devices Malaysia Sdn Bhd - dipercayai turut akan ditutup menjelang akhir tahun.

Kilang itu, yang ditubuhkan pada Disember 1992, akan berpindah ke China manakala 500 warga tempatan dan 95 pekerja asing di Malaysia akan diberhentikan, kata sumber syarikat tersebut.

Panasonic AVC Networks Johor Malaysia Sdn Bhd juga difahamkan akan membuat pengaturan untuk penutupan sebelum akhir tahun, tetapi tidak jelas berapa ramai pekerja akan terjejas.



Semasa perhimpunan kakitangan PMMA baru-baru ini, Kenji Kamada, pengarah urusan yang memainkan peranan penting dalam penstrukturan semula PMMA, mengumumkan peralihannya kepada Panasonic Appliances Air Conditioning (M) Sdn Bhd berkuat kuasa 1 Jun.

Sesetengah pekerja bimbang ini bermakna Panasonic Appliances Air Conditioning (M) Sdn Bhd, yang menggaji 6,000 orang, juga mungkin menjalani penstrukturan semula.



PMMA, sebuah syarikat tersenarai awam, pada 2022 turut menempatkan semula jabatan pembuatan periuk nasinya di kilang SA1 ke India, dengan memberhentikan 150 pekerja warga Malaysia.

"Operasi (di Kilang SA1) berjalan pada tahap minimum," kata sumber itu.

Sebaliknya, pada tahun 2005, pendapatan kumpulan dari Malaysia sahaja berjumlah lebih RM342 juta, mengatasi hasil operasi dari China, Timur Tengah dan bahagian lain Asia yang digabungkan.

Hari ini, sumbangan Malaysia kepada pendapatan kumpulan itu ialah RM306 juta, mengekori baki pendapatan Asia terkumpul sebanyak 2.69 peratus.



Di Kilang SA2, yang terletak di Seksyen 23, Shah Alam, jabatan pembuatan seterika elektrik Panasonic mengalami kerugian dan dijadualkan untuk menghentikan operasi pada akhir tahun ini.

“Produk seterika elektrik tidak menguntungkan. Penutupan itu akan menjejaskan kurang daripada 200 pekerja,” kata sumber itu.

Terdapat juga kebimbangan di kalangan pekerja di jabatan yang membuat peralatan lain bahawa pekerjaan mereka juga berisiko terjejas, kerana selama ini, pembuatan untuk 11 produk Panasonic telah dipindahkan dari Kilang SA1 dan SA2 ke negara Asia yang lain.

Pengeluaran jatuh, pendapatan rendah

Difahamkan jabatan pembuatan kipas juga menghadapi masa depan yang suram, dengan ramalan rancangan pembuatan menunjukkan pengeluaran lebih separuh daripada 350,000 unit sebulan pada tahun lepas kepada sekitar 110,000 unit sebulan sekarang.

Penurunan drastik itu, bagaimanapun, tidak mencerminkan penurunan sedikit pada kadar 0.5 peratus dalam permintaan global untuk produk Sistem Ekologi Panasonic (PES), yang termasuk kipas, menurut sumber itu.

Pemotongan pengeluaran telah menjejaskan pendapatan bulanan pekerja sebanyak 40 peratus, dengan pekerja kehilangan hasil kerja lebih masa.

Dahulu, pekerja akan melakukan kerja lebih masa sehingga empat jam setiap hari untuk memenuhi permintaan, tetapi pada tahun ini tugasan mereka akan tamat pada pukul 5 petang setiap hari, kata sumber itu.

Panasonic sahkan penutupan: Pekerja dilayan adil

Bercakap kepada Malaysiakini, jurucakap PMMA mengesahkan penutupan dua jabatan pembuatan produk di Kilang SA1, menyebutnya sebagai "pelaksanaan rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.”

Proses itu, katanya, telah selesai pada 31 Mac.

Bagaimanapun, dia enggan mendedahkan jumlah sebenar pekerja yang terjejas akibat pemberhentian itu, rancangan masa depan untuk penutupan atau jika penutupan tersebut akan menjejaskan jaminan kepada pengguna terhadap produk Panasonic.

Katanya, pekerja yang memilih skim pemisahan bersama (MSS) diberi pakej pampasan yang adil dan saksama, yang menurutnya disifatkan melebihi norma industri.



“Bagi baki bilangan pekerja yang tidak memilih MSS, jabatan sumber manusia kami memberikan mereka tawaran untuk dipindahkan ke jabatan lain yang berkaitan dalam PMMA, dalam jawatan yang sesuai dengan set kemahiran dan potensi mereka untuk berkembang.”

Jurucakap itu juga menjelaskan bahawa tindakan undang-undang PMMA terhadap bekas vendor dan kakitangannya tidak berkaitan dengan pemberhentian pekerja berkenaan.

"Kami juga ingin memaklumkan bahawa kes mahkamah telah berjaya diselesaikan."

Ketika dihubungi, Jabatan Buruh berkata ia tidak boleh mendedahkan secara terbuka jumlah pekerja yang telah diberhentikan atau akan diberhentikan daripada kumpulan Panasonic.

Kesatuan sekerja tak tahu

Walaupun PMMA percaya pemberhentian pekerja dibuat berlandaskan peraturan, wakil kesatuan sekerja berkata mereka tidak tahu menahu mengenai beberapa perkara, walaupun selepas beberapa pekerja menyelesaikan syif terakhir mereka pada bulan Mac.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Letrik (EIWU) Md Zaimi Muhamad Yusuf juga terkejut apabila mengetahui ahli kesatuannya ditawarkan pakej pemberhentian kerja dan berkata dia tidak mengetahui penutupan jabatan itu.

Walaupun syarikat itu tidak bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada kesatuan sekerja mengenai rancangan pemberhentian pekerjaan yang dipersetujui bersama, Zaimi berkata EIWU perlu diberi tahu demi memastikan ahli yang menolak pakej tersebut tidak dikenakan hukuman.



“Ahli kami yang tidak menerima skim pemisahan boleh ditugaskan ke jawatan di bawah gred semasa mereka.

“Sekiranya mereka ditempatkan dalam pekerjaan melebihi gred mereka, mereka perlu menerima elaun tambahan yang dikenali sebagai elaun pemangku,” katanya.

Latihan pada pekerja kilang di Melaka bakal diberhenti

Sementara itu, Zaimi mengesahkan bahawa Panasonic Appliances Refrigeration Devices Malaysia Sdn Bhd memaklumkan kesatuan itu akan menutup operasi kilang berkenaan di Melaka pada 31 Disember.

Penutupan itu bakal memberhentikan 590 ahli kesatuan sekerja industri berkenaan. Kilang itu akan berpindah ke China.

Perjanjian kolektif kesatuan dan majikan

Ahli kesatuan sekerja akan menerima bayaran pemberhentian sebanyak 1 hingga 1.75 kali ganda gaji asas bulanan didarab dengan tahun perkhidmatan mereka, katanya.

Zaimi berkata syarikat itu juga menawarkan untuk menyediakan latihan semula kepada pekerja yang sudah lama berkhidmat, yang mungkin menghadapi masalah mencari pekerjaan lain.

“Syarikat telah memaklumkan lebih awal kepada kesatuan sekerja mengenai pengurangan tenaga kerja melalui pemberhentian pekerjaan, walaupun syarikat hanya perlu memberi notis sebulan saja.

“Syarikat telah mengesahkan bahawa pihaknya akan mematuhi terma dalam perjanjian kolektif dengan kesatuan.

“Selain itu, syarikat berkenaan juga telah berjanji untuk meneroka kemungkinan melanjutkan penggajian pekerja yang bakal bersara sebelum Disember, yang akan membolehkan dia menerima faedah pemberhentian juga,” kata Zaimi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Nape x jumpa lapiji? Nti dia bagi byk formula, setakat kilang kecik mcm ni xde hal lah.....dia dh buktikan 1usd=1rm sejak amik alih gomen
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:57 AM | Show all posts
Jasa Panasonic amat besar kepada seluruh warga bumi, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia yang tidak bersikap anti jenama luar (asalkan ia bukan di bawah kategori arak dan perjudian serta rokok)..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:01 AM | Show all posts
rugilah panasonic ni nak blah.. nama besar tu, dah lebih 50 tahun duduk sini

aku harap kerajaan ada perancangan jangka panjanglah untuk hadapi perkara ini... satu-satu jalan ni kelihatan menyedihkan
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:01 AM | Show all posts
memang kompetitif nak jenama2 jepun ni nak lawan dgn jenama2 lain,

contoh skang ni tv qled, dulu bapak laaa kalo pakai qled je memang dikategorikan orang kaya la, paling murah qled tv dekat 5k

sekarang ni bersepah jenama2 mcm xioami, prism+, hisense pun bawa keluar qled tv dgn harga boleh dapat bawah 2k je
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:02 AM | Show all posts
yg iols igt dlu mak iols psg aircond tahun 1998 (iols igt sbb ms ni ada sedara iols perli mak iols byak duit psg aircond ms ekonomi gawat), ms tu masih under jenama National, tahun 2021 baru aircond tu rosak selepas 24 tahun berjasa.... mesin basuh mak iols jenama Panasonic beli tahun 2009 (iols ikut pegi kedai sama2 pilih), sampai skrg masih elok x pernah repair or ganti apa2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2023 10:05 AM | Show all posts
Suka dengan jenama Panasonic ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 10:34 AM | Show all posts
ex student aku ramai keje sini...bertabah la kena cari keje tmpt lain plak...tp harap2 xjd tutup la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 11:25 AM | Show all posts
Edited by _blackbird at 1-6-2023 03:27 AM

...............
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:28 AM | Show all posts
semua ni drama nak blah dari malaysia je,

mentang2 la vietnam offer gaji minimum 800 hinggit je
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
jenama yg unggul ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:30 AM | Show all posts
national panasonic technics (tingat dulu iklan dia sebut camni)

tp brand ni mmg bgs. brg2 dia tahan lama.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:31 AM | Show all posts
Firenzza replied at 1-6-2023 09:46 AM
Nape x jumpa lapiji? Nti dia bagi byk formula, setakat kilang kecik mcm ni xde hal lah.....dia dh bu ...

saya pun hampir nak tanya soalan sama....kenapa panaskonik tak minta formula dari piji?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:35 AM | Show all posts
Orix replied at 1-6-2023 10:02 AM
yg iols igt dlu mak iols psg aircond tahun 1998 (iols igt sbb ms ni ada sedara iols perli mak iols b ...

Ada 2 barang brand National yg masih bertahan kt rumah ktorg...periuk nasi yg besar n hair dryer...
Orang lain pakai dyson iols masih gna yg National tu lahh...dr iols form 4 kot abah beli bg ktorg

Kt kmpung mmg pakai sume brand Panasonic lg2 yg inverter...jimat bykkk my dad ckp xtau lah dh dia yg byr bil tp 10 tahun dh aircond, fridge kt kmpung tu...water heater pn
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah aku bnyk barang jenama panasonic.
Aircond tv microwave fridge
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:38 AM | Show all posts
aechae replied at 1-6-2023 11:35 AM
Ada 2 barang brand National yg masih bertahan kt rumah ktorg...periuk nasi yg besar n hair dryer.. ...

so dlm byak2 hadiah kahwin chuolss barang elektrik apa yg dpt jenama Panasonic ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 11:42 AM | Show all posts
barang panasonic yg dulu mmg jenis tahan lasak and tahan lama..tapi yg sekarang punya cepat rosak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ai beli petias kilang kat vetnam, ai suka barangan Panasonic design nya simple
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 1-6-2023 10:02 AM
yg iols igt dlu mak iols psg aircond tahun 1998 (iols igt sbb ms ni ada sedara iols perli mak iols b ...

sama la.. microwave national beli dari tahun 94 masih berbakti kat rumah tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 12:00 PM | Show all posts
Orix replied at 1-6-2023 11:38 AM
so dlm byak2 hadiah kahwin chuolss barang elektrik apa yg dpt jenama Panasonic ?

Xada 1 pun ...
Tp sbb iols x mintak hadiah n prefer cash je so nnt nk masuk rumah baru ada lah modal dh nk beli barang letrik kt dapur brand Panasonic gtuuu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 09:36 PM GMT+8 , Processed in 0.093208 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list