CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

Seoul Tersalah Hantar Amaran Kecemasan Selepas Jentera Pelancar Udara Dilancar Korea Utara

[Copy link]
Post time 31-5-2023 01:07 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan bandar raya Seoul pada Rabu tersilap menghantar amaran kecemasan menasihatkan rakyat supaya bersedia untuk berpindah selepas Korea Utara melancarkan roket, lapor Agensi Berita Yonhap.


Amaran menerusi telefon bimbit dihantar kepada semua rakyat pada 6.41 pagi, sejurus selepas Ketua Turus Bersama berkata Korea Utara melancarkan apa yang kelihatan seperti kenderaan pelancar angkasa.




AFP & Reuters




Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri menarik balik amaran itu pada 7.03 pagi, mengatakan amaran itu dihantar secara tidak sengaja.


"Kami memaklumkan bahawa amaran yang dikeluarkan oleh Bandaraya Metropolitan Seoul pada 6.41 pagi adalah maklumat yang salah," menurut kementerian itu.


Seorang pegawai kementerian berkata Seoul bukanlah kawasan di mana amaran telah dikeluarkan.


Kerajaan bandar raya itu berkata ia menghantar amaran tersebut selepas menerima pemberitahuan daripada kementerian dalam negeri mengenai pelancaran roket Utara.




Sumber: BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.077280 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list