CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

[Pulau Pinang] Singgahlah di Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut

[Copy link]
Post time 31-5-2023 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Singgahlah di Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Ruang rehat dilengkapi pendingin hawa, bilik mandi dan mesin penapis air yang disediakan pengurusan Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut, Jalan Air Itam, di sini, secara percuma. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Georgetown: Pelbagai cara dilakukan pengurusan Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut, Jalan Air Itam, di sini untuk memberi manfaat kepada kariah dan masyarakat sekitar.

Mewujudkan ruang rehat atau tempat persinggahan antara inisiatif terkini yang diperkenalkan pengurusan masjid berkenaan bagi kegunaan orang ramai.

Setiausaha Masjid, Mohamed Rashid Syed Mashoothu berkata, ruang yang diperkenalkan itu dilengkapi dengan penyaman udara dan mesin penapis air di bahagian hadapan pintu masuk.

Katanya, pihaknya turut membenarkan pengunjung menggunakan bilik air untuk mandi bagi membersihkan diri sebelum bersolat.

"Pengunjung dari jauh yang datang ke masjid bagi menunaikan solat juga, mereka boleh gunakan ruang ini bagi berehat sebelum meneruskan perjalanan.

"Kita faham cuaca pada masa ini tidak menentu kadang-kadang panas panas dan hujan, jadi ruang ini dibuka kepada semua secara percuma," katanya ketika ditemui di sini.

Mengulas lanjut Mohamed Rashid berkata, ruangan itu dibuka antara waktu solat Zohor sehingga Asar setiap hari namun paling ramai ialah pada hari bekerja.

Katanya, pihak pengurusan tidak mengehadkan jumlah pengunjung dan mereka boleh menggunakan fasiliti dengan berhemah.

"Biasanya pada waktu tertentu terutama ketika hujan lebat atau cuaca panas, terdapat sebilangan pekerja penghantaran dan e-hailing singgah di sini. Kami amat mengalu-alukan kedatangan mereka sekali gus dapat beribadat dengan selesa.

"Ruang ini juga menjadi tempat persinggahan bagi individu yang berurusan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan diharap ia dapat dimanfaatkan dengan baik," katanya lagi.

Sementara itu, peniaga, Md Ali Hamid Husin, 53, berkata, ruang berkenaan menjadi tempat persinggahannya setiap hari sebelum pulang ke rumah di Sungai Dua, Butterworth.

"Berikutan faktor usia saya sudah tidak berdaya pulang tergesa-gesa, jadi dapatlah saya singgah sebentar bagi menunaikan solat dan berehat," katanya ketika ditemui di sini.

Terdahulu inisiatif berkenaan turut tular di Aplikasi TikTok yang dimuat naik oleh pihak pengurusan dan mendapat pelbagai reaksi warganet.

Menerusi video berkenaan Pengerusi Kariah Masjid Yusof Yaacob berkata, ruang yang terletak di bahagian kanan masjid itu mula dibuka kepada orang ramai sejak 13 Mei lalu.

"Kami (pengurusan masjid) tidak minta apa-apa, cuma mahu mengimarahkan masjid ini dan orang ramai datang bersolat di sini," katanya ketika dihubungi.

Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut yang mempunyai seramai 23 Ahli Jawatan Kuasa termasuk Pegawai Masjid dan Siak, juga menjadi masjid pertama dalam negara dilengkapi dengan ruang khas Perpustakaan Digital (E-Library) kepada jemaah dan pelajar sekitar Pulau Pinang mendapatkan maklumat serta bahan digital secara percuma.




Disiarkan pada: Mei 31, 2023 @ 10:58am












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.049880 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list