CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 247|Reply: 0

Anggota Tentera Lemas Terjatuh Dalam Pusaran Air Ketika Mandi Di Sungai Leleh

[Copy link]
Post time 30-5-2023 10:39 PM | Show all posts |Read mode
Rompin: Seorang anggota tentera ditemukan lemas selepas terjatuh di dalam pusaran air berarus deras ketika mandi di Sungai Leleh Bukit Ibam dekat Muadzam Shah, di sini, petang tadi.


Mangsa, Mohd Sabbrie Syahrie Mohd Shah, 28, bertugas Markas Tentera Darat, Cawangan Sumber Manusia, Kementah Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.


Pasukan JBPM Pahang membuat pencarian sebelum menemui mayat mangsa di dasar Sungai Leleh Bukit Ibam dekat Muadzam Shah, Rompin. Foto Ihsan Bomba.




Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 3.17 petang.


"Susulan itu, seramai lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah serta bantuan daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pekan dan Kuantan dikerahkan ke lokasi kejadian.


"Komander operasi melaporkan terdapat seorang lelaki dewasa disyaki lemas ketika mandi selepas mangsa dipercayai terjatuh ke kawasan air dalam dan berarus deras.


"asukan penyelamat membuat pencarian di permukaan air sebelum memohon bantuan pasukan PPDA Pekan dan Kuantan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Katanya, pasukan penyelam membuat selaman di lokasi mangsa dikatakan terjatuh kira-kira jam 6.38 petang sebelum mayat mangsa ditemui di dasar sungai kira-kira 17 minit kemudian.


"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk tindakan lanjut," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.047126 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list