CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 356|Reply: 3

Kesal Syarikat Produksi Amal Diskriminasi

[Copy link]
Post time 30-5-2023 08:01 PM | Show all posts |Read mode
Tiada apa yang menyakitkan selain menjadi mangsa diskriminasi hanya disebabkan kelainan upaya yang dihidapi.


Begitulah yang dirasakan oleh pelakon Orang Kelainan Upaya (OKU), Nazmi Kamaruzaman, 40, mengakui kesal dengan sikap segelintir syarikat produksi yang mengamalkan diskriminasi terhadap pelakon OKU dan memberikan watak OKU kepada pelakon normal.


Ditemui di Sesi Townhall Industri Kreatif Siri 3: Industri Filem, Nazmi mendedahkan, dia pernah digugurkan sebagai pelakon selepas pihak produksi memilih untuk menggunakan khidmat pelakon bukan OKU dengan alasan dia tidak dapat berlakon dengan baik.






"Saya pernah menerima tawaran lakonan sebagai watak OKU. Selepas beberapa ketika, pihak produksi menggantikan watak saya dengan pelakon lain yang normal.


"Memang mereka membayar saya dengan bayaran RM500. Tapi, alasan yang mereka berikan adalah saya tak boleh berlakon.


"Mereka mencadangkan saya untuk menulis (di belakang tabir), tapi saya tak minat menulis. Saya minat berlakon," katanya.


Di acara membabitkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu, Nazmi berharap lebih banyak peluang diberikan kepada pelakon OKU untuk mencari rezeki dalam bidang lakonan.


"ada awalnya, ramai tahu bahawa OKU boleh berlakon dan berdikari. Tapi, tawaran mula berkurangan selepas produksi sedar bahawa ramai pelakon lain yang ada.


"Saya berharap agar Finas dapat membantu saya atau OKU lain yang nak berlakon dan ketengahkan. Bukan beri watak OKU kepada orang normal.


"Tapi, saya tak nafikan juga bahawa ada OKU yang dapat dapat sesuaikan diri dengan suasana di set penggambaran. Kalau untuk saya, saya dah biasa," katanya.


Luahan Nazmi itu juga mendapat perhatian Menteri KKD, Fahmi Fadzil yang tidak menolak, situasi berlaku membabitkan unsur diskriminasi terhadap golongan OKU.


"Mungkin ada pihak yang mengambil kesempatan dengan mengelak memberikan peluang kepada golongan OKU ini.


"Apa yang saya nampak, ada beberapa isu yang membabitkan diskriminasi. Saya akan minta pihak Finas untuk melihat lebih dalam mengenai perkara ini," katanya.


Nazmi memulakan kerjaya sebagai pelakon menerusi filem KL Gangster 2 sebagai watak pengemis. Kemudian, dia turut terbabit sebagai pelakon dalam filem Pekak, memegang peranan sebagai OKU.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 08:16 PM | Show all posts
nama pun berlakon. erra fazira yg kurus pun berlakon watak gemuk dan erra yg muda pun berlakon watak org tua.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 10:09 AM | Show all posts
buat je lah kerja lain nokkk.... production pun kena pikir macam-macam kalau nak hire orang OKU, fasiliti, kemudahan, pergerakan, set up lokasi, OKU pulak pelbagai jenis, yang susah komunikasi lagi, tak susah faham arahan direktor lagi...sedangkan pelakon tubuh normal pun kekadang bengap nak paham....takkan sebab kau sorang satu production kena set up environment kerja yang lain.. if you dont want discrimination, kau kerja macam orang normal, semua penat, semua cari duit....jangan nak rasa special sangat. sorry to say.. kekadang meols sendiri pun rengsek dengan orang kelainan upaya ni, dengan attitude snobbish dia, rasa entitled, rasa diri special, kena pahamkan dia punya penat, dia punya moody... kuasekkk aku..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 11:53 AM | Show all posts
ko takyah le berlakon, nnti kene cerca guna kad oku utk menepis tohmahan dan cacian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.414773 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list