View: 369|Reply: 1
|
Diana Danielle Tak Halang, Banyak Kali Farid Kamil Dapat Bermalam Dengan Anak-Anak
[Copy link]
|
|
Diana Danielle membenarkan dan tiada halangan bagi Farid Kamil berjumpa dan bermalam dengan dua anak mereka, Muhammad serta Aurora walaupun keputusan hak penjagaan interim berpihak kepadanya.
Menurut peguam syarie yang mewakili Diana, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam juga melanjutkan perintah interim kepada pihak pelakon filem Imaginur itu sehingga tarikh keputusan dikeluarkan pada 8 Ogos depan.
Foto: Kosmo
“Setakat ini, Diana tidak menghalang Farid bersama anak-anak.
“Meskipun perintah tidak menetapkan boleh bermalam, tetapi banyak kali juga Farid mendapat peluang bermalam.
“Pada hari raya lalu, mereka (anak) bermalam bersama bapa mereka selama seminggu. Ketika hari jadi Farid juga ada (bermalam). Diana okey kalau anak-anak mahukannya,” katanya kepada Kosmo! Online.
Hakim Syarie Zulfikri Yasoa menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak memaklumkan akan memfailkan dokumen hujahan berkaitan kes secara serentak.
“Mahkamah menetapkan 30 Jun depan bagi kedua-dua pihak memfailkan hujahan sebelum keputusan kes ditetapkan pada 8 Ogos ini,” kata hakim syarie.
Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini menetapkan bagi Farid dan Diana memaklumkan kepada mahkamah laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes cerai pasangan itu. Prosiding itu akan berlangsung petang ini.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, telah melantik pengurus bagi mewakili dirinya manakala Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 42, pula melantik kakaknya.
Dalam pemohonan cerai itu, Diana sebelum ini, mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk bercerai dengan suaminya.
Permohonan cerai tersebut difailkan Diana atau nama sebenarnya Diana pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
| |
|