Pelakon filem Remp-It itu turut berkongsi kali terakhir berjumpa dengan dua cahaya matanya itu pada 21 Mei lalu.
Dalam pada itu, Farid turut meluahkan hasrat membawa Diana dan anak-anak pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun ini di Alor Setar, Kedah.
Kata Farid, sudah menjadi tradisi keluarga untuk pulang ke kampung setiap kali menyambut hari perayaan berkenaan.
“Harapan saya ingin membawa isteri dan anak-anak untuk pulang beraya ke kampung.
“Memang saya ada merancang untuk beraya di kampung seperti biasa jadi, saya akan berusaha membawa anak-anak balik raya haji kelak," ujarnya.
Sementara itu, usaha pihak media mendapatkan komen daripada Diana gagal apabila pelakon filem Imaginur itu enggan mengulas sebaliknya terus beredar menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV).
Hakim Syarie Zulfikri Yasoa menetapkan sebutan semula kes pada 8 Ogos depan bagi keputusan inter-parte pasangan berkenaan berhubung hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua kanak-kanak tersebut.
Difahamkan, Farid dan Diana akan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Subang Bestari pada petang Selasa bagi prosiding keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya itu selepas aktres berkenaan memfailkan penceraian secara baik terhadapnya.
Sumber: mStar