CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 1

Keputusan Hadanah Interim Anak-Anak Diana Danielle Dan Farid Kamil Ditetapkan 8 Ogos Ini

[Copy link]
Post time 30-5-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM –  8 Ogos ditetapkan bagi keputusan inter-parte (kedua-dua pihak) pelakon Diana Danielle dan suaminya Farid Kamil berhubung hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anak mereka.


Dua anak itu ialah Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, yang mana kedua-duanya adalah hasil perkahwinan pasangan itu pada tahun 2012.


Hakim Syarie Zulfikri Yasoa menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak memaklumkan akan memfailkan dokumen hujahan berkaitan kes secara serentak.


Foto: IG




“Mahkamah menetapkan 30 Jun ini bagi kedua-dua pihak memfailkan hujahan sebelum keputusan kes ditetapkan pada 8 Ogos ini,” kata hakim syarie itu.


Terdahulu semasa prosiding, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farid selaku responden memaklumkan pihaknya akan memfailkan afidavit tambahan.


Dalam pada itu peguam syarie Puteri Ummi Kartini Abd. Latiff yang mewakili Diana selaku pemohon turut memaklumkan pihaknya juga telah memfailkan segala afidavit secara teratur.


Semasa prosiding, berhubung dengan hadanah interim yang akan tamat pada hari ini, Puteri Ummi memohon supaya mahkamah melanjutkan perintah itu sehingga tarikh keputusan.




  



Justeru mahkamah kemudian membenarkan permohonan pemohon untuk hadanah interim kepada Diana dilanjutkan sehingga tarikh 8 Ogos ini.


Sejurus selepas prosiding, Puteri Ummi ketika ditanya mengenai afidavit tambahan yang dikemukakan Farid, peguam syarie itu berkata antaranya melibatkan resit dan perbelanjaan.


“Bagaimanapun maklumat lengkap mengenai isu tersebut tidak boleh didedahkan secara terperinci,” katanya.


Pada 24 Mac lalu, Diana telah memperoleh hadanah interim dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi sama.


Sebelum ini, Farid dalam prosiding terdahulu, mendakwa dirinya tidak dapat memasuki rumah yang diduduki bersama isterinya, sejak awal bulan ini.


Pada tempoh sama, difahamkan Farid juga tidak dapat bertemu dengan anak-anaknya.


Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini menetapkan bagi Farid dan Diana memaklumkan kepada mahkamah laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes cerai pasangan itu. Prosiding itu akan berlangsung petang ini.


Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, telah melantik pengurus bagi mewakili dirinya manakala Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 42, pula melantik kakaknya.


Dalam pemohonan cerai itu, Diana sebelum ini, mendakwa tiada persefahaman, berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) selain tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri antara alasannya untuk bercerai pelakon Diana dalam suaminya.


Permohonan cerai tersebut difailkan Diana atau nama sebenarnya Diana pada 10 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2023 08:44 AM | Show all posts
lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhx xda org bg perhatian ke thread ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.291836 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list