CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 205|Reply: 0

[Perlis] PUSPEN AADK latih, didik bekas penagih erti kehidupan sebenar

[Copy link]
Post time 30-5-2023 10:36 AM | Show all posts |Read mode
PUSPEN AADK latih, didik bekas penagih erti kehidupan sebenar


Mei 30, 2023 @ 10:22am



Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berangkat pada perasmian PUSPEN Bukit Chabang, Perlis malam tadi. Turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail (kiri) dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli. - Gambar BERNAMA



PADANG BESAR: Falsafah penubuhan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) bukan sekadar sebagai tempat pemulihan penagihan dadah sebaliknya bagi mengajar erti kehidupan sebenar, titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, PUSPEN juga memberikan asas ilmu berkaitan kerohanian, pengurusan diri dan kemahiran hidup untuk mendepani penolakan sosial.

"Ia juga membina semula keyakinan, kemahiran dalam bidang pekerjaan dan kefungsian diri dalam erti kata hidup sebenar," titah baginda pada Majlis Perasmian PUSPEN Bukit Chabang di sini malam tadi.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta timbalannya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sutekno Ahmad Belon, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dan barisan EXCO kerajaan negeri.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah meskipun mungkin terdapat pandangan sinikal dan stigma segelintir masyarakat terhadap usaha membanteras gejala dadah, AADK tetap teguh dengan iltizamnya melaksanakan penguatkuasaan Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

"Saya berharap AADK akan terus memberikan tahap prestasi perkhidmatan yang tinggi dalam menerajui program rawatan dan pemulihan penagihan dadah di negara ini," titah baginda.

Baginda bertitah kejayaan pemulihan penagihan dadah perlu dijalankan secara kolektif dan tanggungjawab itu tidak boleh digalas oleh AADK sahaja.

"Komitmen dan keterlibatan semua pihak meliputi klien itu sendiri, seluruh ahli keluarganya, komuniti setempat, jabatan-jabatan, badan bukan kerajaan dan pemimpin di peringkat akar umbi penting," titah baginda. - BERNAMA








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.051732 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list