CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

[Jenayah] Bukan sekadar warna pelangi, Jam tangan Swatch dirampas tertera huruf ‘LGBTQ’, kata sumber

  [Copy link]
Post time 29-5-2023 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 29-5-2023 10:54 AM

Jam tangan Swatch yang dirampas tertera tulisan ‘LGBTQ’.

PETALING JAYA: Jam tangan Swatch yang dirampas Kementerian Dalam Negeri (KDN) awal bulan ini tertera huruf “LGBTQ” di permukaan jarumnya, menurut sumber kementerian itu.

Sumber itu memberitahu FMT, pihak berkuasa hanya merampas jam tangan yang mengandungi huruf berkenaan.LGBTQ merujuk golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik.

“Kami merampas ratusan jam tangan dan semuanya mempunyai huruf ‘LGBTQ’ pada permukaan (jarum) jam.


“Kami tidak merampas jam tangan itu kerana ia mempunyai warna pelangi. Jika itu berlaku, kami perlu merampas aiskrim Paddle Pop,” kata sumber dalaman yang enggan dinamakan itu.

Pada 13 dan 14 Mei lalu, KDN dilaporkan menyerbu 11 kedai Swatch di pusat beli-belah seperti Pavilion KL, 1 Utama, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall dan Suria Sabah berhubung “Koleksi Pride” jenama itu.Lima kedai di pusat beli-belah di Alor Setar, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bahru dan Kuching diberikan amaran.

Serbuan itu dilaporkan berlaku selepas warganet mengaitkan koleksi itu dengan sokongan kumpulan rock British, Coldplay terhadap LGBT.

Jumaat lalu, Malay Mail memetik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek sebagai berkata, jam tangan dirampas KDN itu tidak mengandungi sebarang rujukan kepada LGBT.

Beliau mendakwa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang menyatakan jam tangan itu dirampas kerana unsur LGBT, mendapat maklumat salah dan tiada rujukan mengenai LGBT dipaparkan pada permukaan jarum jam tangan itu.

KDN enggan memulangkan jam tangan yang dirampas dalam serbuan itu.

Hayek dilaporkan berkata, syarikat itu akan mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan semula jam tangan “Pride Collection”.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.279156 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list