CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 218|Reply: 0

[Perlis] Pendakwah perlu lengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran - Pemangku Raja Perlis

[Copy link]
Post time 28-5-2023 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Pendakwah perlu lengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran - Pemangku Raja Perlis


Mei 28, 2023 @ 11:16am



Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. - Foto BERNAMA



KANGAR: Pendakwah Islam seharusnya sentiasa melengkapkan diri masing-masing dengan kemahiran dan ilmu agar dihormati dan menjadi contoh terbaik kepada masyarakat, titah Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

"Sebagai umat Islam kita semua mempunyai tanggungjawab untuk berkongsi keindahan Islam sesama umat manusia," titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah demikian ketika berangkat merasmikan Persidangan Dakwah Serantau kali ke-9 yang diadakan di sini malam tadi.

Titah baginda usaha berterusan perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi kefahaman mengenai agama Islam kepada masyarakat selain umat Islam juga perlu menjaga akidah dan melindunginya daripada sebarang anasir tidak baik.

Menurut kenyataan itu, persidangan yang dihadiri 200 peserta dari 40 negara itu dianjurkan dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation, MyGuide Malaysia, Gabungan Dakwah Malaysia dan MAIPs. – BERNAMA








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.064528 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list