CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 176|Reply: 0

[Pahang] Pesara rugi RM130,000 terpedaya 'Polis Bukit Aman'

[Copy link]
Post time 27-5-2023 02:09 PM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Seorang pesara wanita berusia 61 tahun kerugian RM129,800 selepas terpedaya sindiket Phone Scam yang menyamar sebagai polis Bukit Aman.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan mangsa menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai polis yang memaklumkan bahawa mangsa terbabit dalam sindiket pemerdagangan manusia dan mempunyai waran tangkap, semalam.

Katanya, suspek kemudiannya mengarahkan mangsa membuat tiga transaksi kepada akaun tiga bank yang berbeza bagi tujuan siasatan.

"Selepas berbuat demikian, mangsa berasa curiga kerana suspek masih meminta membuat pemindahan wang lagi ke akaun berlainan.

"Siasatan mendapati sumber kewangan mangsa yang berjumlah RM129,800 adalah daripada wang simpanan sendiri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kes terbabit, Yahaya menasihati orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan supaya segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.

Katanya, orang ramai juga diminta tidak mendedahkan maklumat berkaitan perbankan.

"Masyarakat juga dinasihat supaya kerap membuat semakan atas kemasukan dan pengeluaran wang yang mencurigakan dalam akaun sendiri supaya tidak menjadi suspek keldai akaun," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ya-polis-bukit-aman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.048850 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list