CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

Hampir 10 Orang Beli Racun Sianida Untuk Bunuh Diri

[Copy link]
Post time 26-5-2023 06:56 PM | Show all posts |Read mode
Di kala mangsa pembunuhan bersiri berkaitan sianida meningkat, lebih 100 kilang di Thailand disyaki menjual racun tersebut secara haram.


Thaiger melaporkan, Timbalan ketua polis Thailand, Surachate Hakparn bertemu Pengarah Jabatan Kerja Perindustrian, Pornyot Klangkrong bagi membincangkan perkara tersebut semalam.




Surachate mendakwa peruncit menjual sianida kepada Sararat secara haram. - Matichon





Kilang-kilang itu didapati menjual sianida secara haram kepada ramai pelanggan termasuk Sararat ‘Am’ Rangsiwuthaporn dan kira-kira lapan atau sembilan lagi mangsa bunuh diri, lapor laman berita Matichon.


Penjualan sianida di Thailand hanya dibenarkan dengan lesen atau operasi kilang. Surachate bagaimanapun mendapati operasi jabatan itu ‘cuai’.


Antara kelemahannya adalah peruncit tidak perlu meminta kebenaran daripada jabatan itu selagi pembeli mengaku ingin membelinya atas tujuan yang disebutkan.


“Sebuah kilang telah menempah 1,600 botol sianida secara sah. 100 botol dijual secara haram kepada enam peruncit termasuk yang dijual semula kepada Sararat,” kata Surachate.


Selepas berunding dengan Pornyot, Suratchate percaya pihaknya memiliki bukti yang mencukupi untuk mendakwa kilang tersebut.




SUmber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.155078 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list