justeru, Dr Mohd Farid mengingatkan kita agar jangan 'bermain' dengan hutang. "Kalau seseorang itu berhutang, dia kerja dan bayar balik, ia sebenarnya jadi ibadah. Malah, ALLAH SWT akan murahkan lagi rezekinya untuk dia membayar hutang berkenaan. "Namun, jika seseorang 'lari' itu daripada hutang itu, maka kita akan lihat ALLAH akan menyempitkan lagi rezekinya dan pelbagai musibah akan menimpanya. Dia juga menjadi manusia yang tidak pandai berterima kasih dengan satu kelonggaran yang Islam beri. "Secara asasnya, orang (yang memberi hutang) boleh sahaja memilih untuk tidak membantu sebab itu ialah harta dia. Namun, atas dasar kemanusiaan, silaturahim dan persaudaraan, dia hulur (bantuan hutang) juga," katanya. Benarkah si pemberi hutang akan mencari semula peminjam di akhirat untuk menuntut semula hutangnya jika tidak dibayar? Kata Dr Mohd Farid: "Betul. Untuk melunaskan hutang orang yang berhutang tadi, barangkali dia ada beberapa amalan (kebaikan) yang dibawanya. Jadi, dengan amalan itulah ia akan 'dipindahkan' kepada orang yang dia berhutang tadi. Maka, muflislah amalan orang yang gagal melunaskan hutang berkenaan."
|