CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 302|Reply: 4

Kemaruk Sangat Nak Gelaran Datuk Seri, Lesap RM571,000!

[Copy link]
Post time 26-5-2023 05:18 PM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Kontraktor berusia 63 beputih mata selepas kerugian RM571,000, terpedaya dengan tawaran gelaran Datuk Seri.


Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, berdasarkan laporan, mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai Datuk Pengelola Bijaya Istana Pahang pada pertengahan Februari lalu.


Katanya, suspek menawarkan anugerah kebesaran negeri Pahang dengan membawa gelaran Datuk Seri.




Gambar Hiasan




"Suspek menyatakan mempunyai enam kuota anugerah kebesaran terbabit dan mangsa dimaklumkan perlu membuat sumbangan bagi program istana.


"Mangsa berminat dengan tawaran dinyatakan dan turut mempelawa empat kenalan untuk mendapatkan gelaran itu.


"Bermula Februari lalu hingga bulan ini, suspek meminta mangsa melaksanakan beberapa sumbangan untuk program dibuat pihak Istana Negeri Pahang," katanya dalam kenyataan semalam.


Beliau berkata, sebanyak 32 transaksi dilakukan kepada lima akaun bank yang berbeza berjumlah RM571,000.


"Sumber kewangan terbabit adalah hasil daripada kutipan dan wang simpanan mangsa dan rakan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.


Dalam kes terbabit, beliau menasihati orang ramai yang menerima panggilan meragukan untuk membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.


"Orang ramai juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dulu sebelum membuat sebarang transaksi," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 05:50 PM | Show all posts
iols senyum sinis jah. iols skrg ni kalo jumpa datok2 pun iols rs mcm xde benda... kawan iols pn ramai anak dato tp belajo lembab malah ada sorg tu dduk kelas belakang now dh jd ketua puteri umno ko ghaser
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
hadap sgt datok sampai duit abes.. kalau takde datok tapi dh berduit tu duk jer lah senyap2..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu sbb kalau org ada gelaran dato n datin ni mmg kita kene panggil dato dan datin...mahal2 dorg beli dengan onak duri, tak kan la nak panggil acik ye dak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 11:32 AM | Show all posts
makita replied at 27-5-2023 11:21 AM
Tu sbb kalau org ada gelaran dato n datin ni mmg kita kene panggil dato dan datin...mahal2 dorg beli ...

ada dulu aku panggil dia makcik, giler tajam jeling pastu ceramah sikit pasal kenapa perlu panggil dia datin...
terpaksa la dengar dengan muka menyampah... masa ingusan tu mana la tau sangat...
tapi le ni ramai takda kualiti takda dah, kalau dia tunjuk nilai respect/humble, baru aku bagi mula sebut gelaran dia..
(kalau terlibat dalam politaik, haram untuk disebut gelaran tu)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.386946 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list