CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3493|Reply: 55

Fast X Pun Kalah! Polis Evo 3 Catat Kutipan RM3.4 Juta Hari Pertama Tayangan

  [Copy link]
Post time 26-5-2023 01:23 PM | Show all posts |Read mode
Filem Polis Evo 3 berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM3.4 juta pada hari pertama tayangan.


Filem ini berjaya menewaskan filem antarabangsa iaitu Fast X dengan kutipan melebihi dua kali ganda, sekali gus mendominasi carta kutipan pawagam tempatan.


Menurut Penerbit Eksekutif Polis Evo merangkap Naib Presiden Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, pihaknya berbesar hati kerana penonton masih lagi memilih untuk menonton filem tempatan di pawagam.










Malah, dia turut mengucapkan terima kasih kepada penonton yang memberikan sokongan luar biasa terhadap filem ini.


"Syukur Alhamdulillah, sokongan penoton amat luar biasa. Kami rasa amat berbesar hati apabila penonton memilih karya tempatan untuk dijadikan tontonan.


"Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyaksikan Polis Evo 3 di pawagam.


"Kami harap penonton akan berpuas hati serta terhibur selepas menyaksikan filem berkenaan," katanya.


Dalam pada itu, filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures ini juga turut tular di media sosial pada hari pertama tayangan dan rata-rata peminat berkongsi reaksi positif.


"Masih lagi ada evo, tapi bukan aksi kereta. Kali ini aksi yang luar biasa dari Sam, Zizan dan Sharnaaz.


"olis Evo 3 sumpah best. Penat balik kerja pun langsung tak mengantuk dalam pawagam," tulis netizen.


Sebelum ini, siri pertama Polis Evo yang ditayangkan pada tahun 2015 mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta.


Polis Evo 3 arahan Syafiq Yusof ini mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaharu dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.


Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.


Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols org pertama YG mencemar duli yachhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 01:39 PM | Show all posts
Syafiq Yusof ok lah tapi kalau Syamsul Yusof, iols boikot
Mmg lah x ada kna mngna filem dia dgn hidup dia tapi kalau dah menyampahkan... faham2 aje lah
Malam ni iols pegi tengok, semalam dah booked tiket
Anak2 punya penangan
Tapi sebelum booked semalam iols check dulu siapa pengarahnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dah tgk,mantap ceritanya.pelakon pon semuanya bagus
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak iols nak tgk tp xtau bila leh g tgk sabtu ahad mesti penuh cuti sekolah plak kan
Ingat nak pi hari biasa je nnt tu pun tah2 penuh juga hahah
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 01:52 PM | Show all posts
husband iolls mengajak menwayang semata utk polis evo..

layan kan je.. walau pun iolls tak minat mana pun cerita melayu.. tapi sbb laki belanje.. bedal la..

kalau tak layan kang ngedet dgn betina lain lagi iolls sakit hati.. baik iolls layan je kan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2023 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
I ajak husband I tgk namun he ols enggan.
Pelik I ols.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 02:53 PM | Show all posts
anak2 iols tgk besok dgn kwn2 depa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 03:16 PM | Show all posts
iols dah tgk

boleh la..iol bg 6/10

shanaz intonasi die mcm sama style time die blakon juvana..ntah la iols x brapa minat
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
3.4 juta tu kira harga orang beli ticket ke each person? Haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 03:48 PM | Show all posts
iols takkan tengok... tak kira la best macam mana pun.. biar di tayang kat netflix jah....

sebab iols takkan support si kopok losong tu...
makin naik la hidung serhoper paruh burung kakak tua tu nanti bila kita support dan filem dia masyuk...

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tggu netflix/asterok pertama je la.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tgk sbb ada Fezrul Khan je
Tp tak jadi tgk sbb ada zizang,sam busuk kepam,nanas,nowa,sapik blkg sket,poji nawawi..eh ramai la lagi
Last2 malas nk tgk
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 04:30 PM | Show all posts
xkan cite hiburan semata2 begini boleh mengalahkan filem sejarah perjuangan PMX. setakat polis evo bukan ada nilai perjuangan membantu rakyat yng tersepit dengan ekonomi yg meleset.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 04:45 PM | Show all posts
Tak boleh lawan kutipan the unsold story tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 05:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2023 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk smlm setengah jam free kat youtube. Scene michael ang tu tahape2... Dah la tembak dgn machine gun 1 pon x kena...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
jambatannetizen replied at 26-5-2023 03:26 PM
3.4 juta tu kira harga orang beli ticket ke each person? Haha


Yup harga tiket per person darab jumlah org yg tengok cerita tu. I pun dah booking tiket wayang polis evo nanti esok baru i g tengok
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
ada ben amir shirtless le walaupun 5 s haaaaahahaahhaa

hensem teruks ngan rambut dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2023 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawan2 aku cakap best filem ni. Aku tetap tunggu kuar TV sambil makan ketupat rendang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.080099 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list