CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 863|Reply: 3

Dakwa Stesen TV Gagal Lunas Bayaran Tertunggak, Norlia Ghani, Azrel Ismail Diminta Mohon Maaf, Awesome TV Tiada Kena Mengena

  [Copy link]
Post time 25-5-2023 09:01 PM | Show all posts |Read mode
Awesome TV menuntut pelakon, Norlia Ghani dan Azrel Ismail untun meminta maaf susulan dakwaan stesen itu gagal melunaskan bayaran tertunggak kepada mereka.


Dalam suatu kenyataan kepada mStar, tuduhan dilemparkan oleh kedua-dua pelakon itu telah memburukkan nama mereka secara tidak adil.


Awesome TV menegaskan pihak mereka tiada kena mengena dengan isu pembayaran tertunggak yang dibangkitkan sebaliknya ia adalah tanggungjawab syarikat produksi yang telah dilantik bagi menerbitkan drama terbabit.






"Tindakan Norlia dan Azrel menggunakan media massa dan media sosial mempersoal mengenai bayaran secara tidak langsung mengeret Awesome TV dalam kemelut itu sekali gus mencalarkan imej dan reputasi stesen berkenaan.


"Norlia Ghani dan Azrel Ismail dinasihatkan untuk meminta maaf kepada Awesome TV kerana telah memburukkan nama stesen secara tidak adil," kata kenyataan tersebut.


Selasa lalu, Norlia meluahkan rasa kecewa terhadap Awesome TV dengan mendakwa gagal melunaskan bayaran untuk projek drama bersiri yang dijayakan sebelum bulan Ramadan.






Menerusi hantaran di Instagram, Norlia berharap stesen TV itu dapat menjelaskan bayaran tertunggak walaupun sedikit.


Azrel pula mendedahkan masih belum menerima wang sebanyak RM20,000 membabitkan lakonannya dalam drama bersiri 18 episod berjudul Jodoh Duda I dan akan mengambil tindakan sekiranya stesen TV itu gagal melunaskan bayaran sehingga hujung bulan ini.


Sementara itu, Awesome TV dalam kenyataan sama menyarankan para artis untuk menyemak kontrak sebelum membuat sebarang tuduhan melulu.


"Manakala golongan netizen pula janganlah membuat spekulasi dengan hanya mendengar sebelah pihak sahaja," kata kenyataan itu.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 09:15 PM | Show all posts
yer yer je nak salahkan syarikat produksi yang di lantik... dah memang kampeni ko tu tak bayar duit2 orang dari haritu lagi... bukan gosip baru pun... ramai dah kena...

dah la pengarah rhoper macam gampunk persis jabba the hut kiri tu... lepastu gigih dok tayang keta mewah...

haritu si harizal kenten culik anak dia tu pun mesti ada sebab... tak rugi iolsss side orang tua tu... takkan la tua gayut gitu sanggup nak berdrama culik anak sendiri siap bawak pistol nak tembak bodyguard bagai kalau takde hal kan...

go go harizal kenten tua gayut... harap2 ada sesape sponsor heols machine gun atau kete kebal pulak...

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 12:10 PM | Show all posts
Logo pun ciplak logo stetsen tv Spore apoooo...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Xkan la acik norlia ghani veteran drama nk menipu. Jahat diorg ni ramai retis dh kena benda yg sama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.643652 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list