CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 229|Reply: 1

Pelajar Kena Tangkap Sebab Gaduh Gara-Gara Tak Puas Hati Dibaling Pemadam Pensel

[Copy link]
Post time 25-5-2023 08:32 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Beberapa orang pelajar tingkatan 3 sebuah sekolah menengah sekitar Kempas di sini, telah ditangkap polis gara-gara terbabit dalam pergaduhan sesama mereka.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.43 petang semalam.






Dikatakan, perselisihan faham itu disebabkan tidak puas hati dengan insiden baling pemadam pensel.


"Siasatan polis mendapati kejadian berlaku berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang pelajar yang dibaling pemadam pensel oleh rakan sekelasnya dua hari sebelum kejadian itu," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.


Beliau berkata, akibat pergaduhan itu, beberapa orang pelajar mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, kerana cedera luka di kepala, lebam pada kaki dan tangan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.


Pada masa sama, Balveer Singh menasihatkan supaya masyarakat tidak mensensasikan isu berkenaan sehingga boleh memberi implikasi kepada keharmonian memandangkan siasatan masih lagi dijalankan.


"Masyarakat juga dinasihatkan bersikap rasional dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dan janganlah melakukan sebarang perbuatan melulu sehingga boleh dikenakan tindakan undang-undang," pesannya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kawasan gaduh tu ialah area i lalu lalang, lalu sbb nak elak jem nak ke bandar jb… kebetulan semalam tak sihat so tak keluar. Tahu2 dah jadik talk of the town
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.170836 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list