CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 149|Reply: 0

[Terengganu] Kerah keringat bangunkan 'Lembah Kemoyang'

[Copy link]
Post time 25-5-2023 04:54 PM | Show all posts |Read mode

Hadillah melakukan kerja menyiram pokok kemoyang. FOTO NAZDY HARUN

Kuala Berang: Warga emas gigih mengusahakan tanaman pokok kemoyang atau nama saintifiknya Homalabena Sagittifolia, sejak tiga tahun lalu.

Hadillah Salleh, 62, dari Kampung Tanjung Putat dekat sini, berkata, pokok kemoyang merupakan antara satu spesies dalam keluarga keladi.

Menurutnya, dia mula menanam pokok kemoyang sejak 1989 ketika menemui pokok itu di kebun ibunya namun ia ditanam secara kecilan sahaja iaitu di dalam pasu bunga.

"Namun masa lapang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19 mendorongnya mengusahakan tanaman itu dalam skala lebih besar.

"Hingga kini saya sudah menanam kira-kira 3,500 pokok kemoyang di kawasan bersebelahan rumah ang dinamakan Lembah Kemoyang," katanya.

Menurutnya, pokok kemoyang merupakan sejenis tumbuhan yang mana batang dan daun mudanya boleh dimakan dan biasanya ia dijadikan menu seperti sayur pedas, lemak kuning, lemak putih, kerabu dan sayur campur.

Menurut Hadillah, cara mematahkan batang kemoyang juga ada caranya, walaupun batang kemoyang lembut namun kulit luarnya perlu dibuang, manakala batangnya perlu dipatahkan kecil-kecilan sebelum dimasak.

Katanya, selain dijadikan menu pelbagai masakan, ubi dan daun pokok berkenaan juga amat mujarab digunakan wanita selepas bersalin.

Hadillah berkata, dia akan meluaskan kawasan tanaman kemoyang miliknya itu dengan menambah kira-kira 2,000 pokok kemoyang lagi secara berperingkat.

"Biasanya pelanggan akan datang membeli di rumah dan saya menjualnya dengan harga RM3 bagi tujuh batang, manakala yang sudah dibiak di dalam polibag dijual dengan harga RM20.

"Pokok kemoyang ini boleh dipungut tiap-tiap hari kerana apabila pucuknya diambil maka pucuk baru pula akan terhasil dan menjaganya juga tidak sukar.

"Pokok kemoyang mudah hidup di bawah pokok besar dan tidak memerlukan cahaya matahari yang banyak, manakala bajanya pula saya menggunakan baja organik yang diproses sendiri," katanya.

Menurutnya, pokok kemoyang jarang diusahakan sebagai tanaman komersial dan sayuran itu dilihat semakin sukar untuk dibeli di pasar-pasar.

Katanya, sekiranya ada dijual pun, ia tidak banyak dan merupakan hasil yang dipungut dari kawasan hutan belukar kerana tanaman itu tidak diusahakan secara sistematik.

Menurut Fadillah, pokok kemoyang yang diusahakan di Lembah Kemoyang itu sememangnya mendapat sambutan dari seluruh negara sama ada yang siap disemai mahupun pucuk yang hendak dijadikan menu sayuran.

"Tidak ramai generasi muda yang mengenali pokok kemoyang ini dan jauh sekali untuk mereka menikmati hidangan sayurnya.

"Saya berharap dengan wujudnya Lembah Kemoyang yang saya bangunkan sejak tiga tahun lalu ini dapat memberi manfaat buat generasi muda mengenali pokok berkenaan.

"Masyarakat dahulu sememangnya mengenali dan suka menikmati hidangan berasaskan pokok kemoyang namun peredaran zaman memisahkan segalanya," katanya.

Menurutnya, seiring dengan peredaran zaman, pokok atau tumbuhan kemoyang ini semakin pupus berikutan penerokaan tanah bagi tujuan pembangunan selain generasi muda yang sudah tidak tahu tentang manfaat dan kebaikannya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-lembah-kemoyang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.052347 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list