CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 390|Reply: 0

'Kami Fleksibel Urusan Anak-Anak, Syamsul Dapat Beraya Dengan Syaikhul & Sumayyah' - Puteri Sarah

[Copy link]
Post time 25-5-2023 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Meskipun berdepan konflik rumah tangga, Puteri Sarah Liyana dan suami, Syamsul Yusof sangat bertolak ansur berhubung urusan anak-anak.


Malah, mereka ada berhubung semasa Hari Raya Aidilfitri untuk menguruskan hal berkaitan anak-anak.




IG




"Syamsul dapat beraya dengan anak-anak, tiada masalah. Dia ada hubungi saya untuk berjumpa dengan anak-anak dan mula beraya bersama mereka pada hari raya keempat sebab saya ada ‘shooting’.


"Tiada langsung masalah yang timbul setiap kali melibatkan anak-anak kerana kami sangat fleksibel mengenai perkara itu," ujarnya dipetik dari OHBulan.




IG




Perkara itu dimaklumkan Sarah ketika sebutan pertama bagi kes injuksi yang difailkan Syamsul ke atasnya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi Khamis.







Perintah injuksi itu difailkan untuk menghalang aktres berkenaan daripada mengeluarkan atau memberikan sebarang kenyataan di luar mahkamah pada 28 April lalu. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.075913 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list